27 March 2013

KITA TENGGELAM DALAM NAFSU @ SOFIAN RESALI



C.E.R.I.T.A  U.S.T.A.Z  T.E.N.T.A.N.G  S.E.D.E.K.A.H

tiada apa yang diperlukan dalam menderma

cukuplah iman yang meyakini

dan percaya kepada ALLAH.


 " malam ini,saya mahu bercerita mengenai sedekah.Ibu-ibu.bapak-bapak,saya sebenarnya
di ajar bersedekah sejak kecil.Walaupun ketika itu saya tidak tahu apa itu sedekah. Namun,apabila usia menginjak dewasa,semakin saya kenali agama ini semakin saya tahu apa itu sedekah.Saya punya pengalaman mengenai sedekah ini.Waktu kecil saya juga seperti kanak-kanak lain yang mahu memiliki barang permaianan.Jadi saya begitu tertarik dengan sebuah permainan.Harganya kalau mengikut mata wang Malaysia adalah RM 140..ujarnya memulakan perkongsian.

  Menurutnya,apabila diajukan kepada ibu,dia kemudian disuruh untuk menabung.Sedangkan wang saku persekolahannya tidaklah begitu banyak.Jika mahu menabung,dia hanya mampu menyimpan RM1 seminggu.Bermaksud sekiranya mahu membeli juga barang permainan itu,dia perlu menunggu sehingga 140minggu.Satu tempoh yang agak lama.

       Dia tetapkan juga dengan tabungan seperti disaran ibunya.Sehingga minggu yang ke-20,tabungannya telah mencecah RM20.Masih ada lagi 120 minggu untuk membeli barang permainan tersebut.Namun,pada suatu hari ibunya memanggil sambil meminta anaknya membawa wang tabungan.

        " Gunakan wang tabungan kamu itu dan pergi ke pasar.Beli barang-barang dapur.Kemudian lekas-lekas kembali ke rumah" arah si ibu.

          " Bukankah ibu menyuruh saya menabung untuk membeli barang permainan?Kenapa mesti digunakan pula bagi membeli barang dapur?" soal si anak kekeliruan.

           " Buat pengetahuan semua,ibu saya tetap bertegas dengan arahannya.Saya ikuti sahaja kehendaknya.Kemudian saya ke pasar membeli barang-barang seperti yang ibu mahukan walaupun sebenarnya hati sedih sebab saya telah menabung sehingga minggu ke-20" ujar ustaz tersebut.

    " Sebaik pulang ke rumah,dia menyerahkan segala keperluan dapur yang dibeli.Kemudian si ibu menggunakan kesemua barang tersebut untuk dijadikan hidangan makanan.Setelah siap memasak ,ustaz berkenaan disuruh membawa hidangan itu ke sebuah masjid untuk di dermakan kepada jemaah.Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat.

    Si anak menurut sahaja perintah ibunya.Tanpa di sangka-sangka,jemaah turut mendermakan kepadanya dalam bentuk kewangan.Setelah dihitung,jumlah derma itu mencecah RM70.Terkejut betul dia.Lalu dinyatakan kepada ibunya.

         " Ibu menyuruh saya menyimpan duit itu didalam tabung.Sambil itu saya turut disuruh menabung seperti biasa.Sehingga minggu yang ke-20,ibu mengulangi pekara yang sama.Menyuruh membeli barangan dapur dan memasak.Kemudian didermakan kepada jemaah di masjid.Hasilnya saya turut didermakan dalam bentuk kewangan juga sehingga RM70.Lantas apabila dicampur  dengan jumlah yang pertama ,jumlah adalah RM140.Bayangkan daripada sasaran dalam masa 140 minggu,saya berjaya mendapatkan RM140 dalam masa 40minggu sahaja.Barulah saya sedar tentang derma ini" katanya.

          Menurut ustaz itu lagi,dia terpaksa menunda untuk membeli barang permainan yang dimaksudkan kerana perlu menghormati majlis berkhatan yang melibatkan dua orang sepupunya .Namun,ada sesuatu yang terjadi sehingga membuka mata hati ustaz yang mulia itu.

           Bapa saudaranya yang dalam perjalanan menuju ke majlis itu telah singgah disebuah kedai permainan yang amat dihajati bagi dihadiahkan kepada anak saudaranya.Namun si ibu saudara pula sempat berpesan agar tidak membeli dua tetapi tiga kerana teringatkan diri ustaz berkenaan.Ya,bapa saudaranya kemudian menambah sebuah lagi permainan untuk diberikan kepadanya.

           " Mata hati saya mengingatkan pekara itu.Bagaimana sedekah yang dilakukan dengan ikhlas akhirnya diganjari ALLAH. Derma yang saya lakukan sebanyak RM40 diganjariNya dengan wang sebanyak RM140.Lebih lagi,saya aturut diganjari permainan yang diidamkan tanpa mengeluarkan wang satu sen pun.

           " Tuan-tuan,puan-puan,percayalah...ALLAH tidak akan mensia-siakan derma yang kita lakukan.Janji-NYA tidak pernah mungkir.ALLAH akan membalas setiap derma kita dengan ganjaran yang lebih baik lagi berganda.Kadangkala tidak terlintas difikiran kita". katanya.

Benar.Katanya,ketika berada dalam kesempitan,keperluan,kita binggung bagaimana untuk memenuhi tuntutan tersebut.Sehinggakan bagi mereka yang pendek akal sanggup menggunakan cara yang tidak diredhai ALLAH S.W.T. Terlibat dengan rasuah,penipuan kewangan,merompak dan ada yang rela membunuh demi mencari rezeki dengan cara haram.

Sedangkan Islam menganjurkan pelbagai cara untuk menambah rezeki.Menurut ustaz itu lagi,antara kaedah yang di anjurkan Islam adalah..

  • qiamullail
  • menunaikan solat sunat Duha
  • menderma
Hikmah menderma selain diberi balasan yang baik daripada ALLAH S.WT ,ia juga turut membersihkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

"Anda tidak memerlukan apa-apa dalam menderma.Cukup hanya satu pekara sahaja.Iman iaitu yakin dan percaya kepada ALLAH.Tanamkan keyakinan itu bahawa segala-galanya adalah milik Allah dan Dia Yang Maha Berkuasa untuk mengganjari amal soleh.

Andai panjang masa yang diperlukan,bersabarlah.ALLAH mungkin mahu menguji anda pada tahap manakah keimanan anda kepada-NYA. Namun,teruslah percaya dan yakin bahawa ALLAH akan membalas segala derma yang anda lakukan.Mulakanlah hari ini  untuk menderma" pesan ustaz itu lagi.

Berkemungkinan selama ini kita agak sukar untuk menghulurkan secebis derma.Andai dilakukan ,tercebis pula sifat riyak dan menunjuk-nunjuk.Namun hari ini ,marilah kita lakukan semuanya dengan seikhlas hati.Gantunglah harapan berserah kepada-NYA sahaja.Andai tidak dibalas didunia ini,pasti akan diganjari diakhirat kelak.Lakukanlah seikhlas hati.Marilah mendermakan ke jalan Allah.



" Katakanlah ( wahai Muhammad) : " Sesungguhnya TUHAN-ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki di antara hamba-hamba-NYA.DIA juga menyempitkan bagi apa sahaja yang kamu dermakan.Maka ALLAH akan menggantikannya dan DIA lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki"  -surah Saba' : 39


for the rest of my life.

+ nie merupakan salah satu sub topic yang ade dalam buku ni.

mul type entri ni sebab mul suka topik ni..sebab mul makan dalam dengan topik ni.ngeh

.lau korang nak baca topik2 yang lain..beli lah buku ni..mul jamin for sure best! motivated..selamat membaca (^_^)

No comments: