entah kenapa dan mengapa jari jemari mul ni gatal nak menaip tentang entri ni malam
nie.
tajuk ni di beri oleh kawan mul.
pada permulaannye mul fikir tajuk yang ringkas.
tapi bila dua kali dan tiga, empat kali memikir..tajuk ni sesuatu yang berat.
mungkin..sebab mul baca bukan guna " hati" tapi guna " akal "
" kau nak cari cinta??
ingat ni..jangan dikejar rama-rama itu..kau tak akan dapat tapi tunggulah..
pasti dia akan hinggap bila dia rasa kita bukan ancaman bagi dia"
di saat muhasabah diri dan tersingkap lah sesuatu..mungkin ilham kebarangkalian..
dan akhirnya..entri ni terhasil.
apa yang di maksudkan " rama- rama" diatas?
walaupun dengan bahasa kiasan tetapi maksudnya " cinta"
bagi mul..cinta itu subjektive..terlalu subjektive.
sukar untuk di huraikan dengan kata- kata
malah..pensil mul juga sukar untuk mentafsirkan..
cinta itu halus..sehalus respons hormon yang mengalir di dalam badan.
tiada signal tiada button yang boleh di tekan.
sekali kena panahan cinta ni..semua tersingkap..itu lah hebatnya cinta.
ok..mul nak sharing kata-kata puisi dari filem ketika cinta bertasbih:
sekalipun cinta telah ku jelaskan dengan panjang lebar
namun jika cinta itu kudatangi
aku jadi malu sama keteranganku sendiri
meskipun lidahku telah mampu huraikan
namun tanpa lidah
Cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menulisnya
dan kata- kata pecah berkeping -keping
begitu sampai pada cinta
dalam menguraikan cinta
akal berbaring tidak berdaya
bagaikan keldai berbaring di dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan musibah.
semua orang pernah rasa kehadiran cinta dalam hidup.
cuma adakah ia benar -benar cinta yang di cari.
cinta pada Agama, Rasul, Ibubapa, Sahabat dan cinta pada kekasih..
semua perlukan cinta.
cinta itu terang..menerangkan hidup yang sepi menjadi riang
dari kegelapan menjadi terang.
segala nya cinta.
andai hadirnya cinta dalam hidup..
hati membisikkan..cinta ? cinta itu kemana? halal atau musibah?
hati berlawan sama sendiri.
akal hanya berdiam diri
dan nafsu yang menjadi raja.
andai diri kuat..cinta yang suci itu hanya untuk yang layak
andai nafsu yang menang ketika itu..musnahlah cinta yang agung itu.
bukan menidakkan fitrah yang diberikan.
cuma..akal ini lebih waras mengatakan..biarlah Allah yang tentukan.
seperti kata-kata diatas.." pasti dia akan hinggap bila dia rasa kita bukan ancaman
bagi dia"
jangan bersedih kepada sesiapa yang belum bertemu dengan cinta.
cinta itu ada.dan sudah di tentukan.
bersabarlah..dalam mendidik hati menjadi sabar dengan kehadiran cinta ini.
cintailah kerana Allah..pasti hidup akan tenang.
setenang air di laut.
mul bersyukur sebab mul tak pernah berkasih dan punya kekasih.
seperti kekampungan disitu tapi hakikatnya.
mul selesa hidup begini..
sebab cinta itu hanya kepada yang layak
cinta mul bukan untuk dipersendakan
bukan juga untuk dipermainkan.
cinta itu ada maruah.
dan maruah itu perlu dijaga seperti mana seorang wanita menjaga maruahnya.
cinta itu "nur"
dan cinta itu juga mul akan berjuang untuk hidup.
begitu indahnya Allah menyediakan perasaan cinta didalam diri manusia kan.
kerana cinta mul sampai disini.
menjadi seorang yang berguna
dan kerana cinta juga mul menjadi semakin memahami tentang hidup ini
dan kerana cinta juga mul menjadi tenang.
dan cinta itu tidak boleh dipaksa,
kerana cinta itu harus memilih.
cinta yang membawa kita ke jannah? atau ke jahanam?
pilihan di tangan kita.
biarkan cinta itu datang sendiri.
sebab kita tak tahu Allah nak tunjukkan kepada kita bagaimana
hadirnya cinta.
yakin..macam mana kita yakin yang Allah itu wujud.
macam tu juga kita perlu yakin yang Allah dah tentukan jodoh kita.
for the rest of my life
change for better living..insya'Allah.
macam mana kecilnya rama2..macam tu juga kecilnya cinta tetapi dengan kehadirannya
membawa seribu satu kebahagiaan.
macam rama2..
semua orang teruja mengenai kecantikkannya dan kecomelan dia.
begitu juga cinta.
semua orang terpesona dengan kehadirannya.
akal yang waras boleh menjadi semakin tidak waras.
seperti kisah Shah Jahan dan Taj Mahalnya..
kerana terlalu mencintai kekasih hati, dia sanggup untuk memotong tangan sesiapa yang
membuat Taj Mahal kerana dia tak nak ada seorang pun meluahkan perasaan cinta
seperti mana diluahkan cintanya pada isterinya.
moral of the story..cinta itu perlu ade sikap kebergantungan pada Allah.
sebab cinta itu juga pinjaman :)
No comments:
Post a Comment