28 March 2013

SOLAT TAHAJUD @ MUHAMMAD SALLEH Ph.D


Allah mengingatkan kita dalam surah at-Takathur,bermegah-megah menyebabkan

kita lalai pada Allah,lalai pada diri sendiri dan akhirnya lalai pada

tujuan hidup.

M.U.H.A.S.A.B.A.H  D.I.R.I

Dalam bermuhasabah,kita perlu mengenangkan pelbagai dosa ataupun kesalahan yang kita lakukan. Dosa apa sahaja,besar ataupun kecil,sengaja atau tidak, yang masih ingat ataupun yang terlupa. Kenang dan menyesali dosa-dosa itu dan bertekad menjadi kekasih Allah.Mungkin ada antara kita yang pernah melayan isteri atau suami dengan kasar. Mungkin ada juga suami yang mengkhianati kesetiaan isteri ataupun sebaliknya.Dengan itu selepas solat tahajud ,mohon maaf daripada pasangan kita.

Kenanglah kesalahan kita pada orang tua.Mungkin ada antara kita yang pernah menyakiti dan mengecewakan hati orang tua.Mungkin ada yang mengucapkan kata-kata kesat kepada orang tua hingga mereka menjadi sedih. Oleh sebab itu,selepas solat tahajud mohon maaf daripada orang tua kita.Cium tangannya ,tangan yang pernah membelai kita ,menyuap kita dan membersihkan kotoran kita.Menangislah dipangkuannya.

Apabila orang tua kita sudah meninggal dunia,pergilah ke kuburnya.Menangislah dan mohonkan keampuanan daripada Allah untuk mereka.Bukankah Nabi Muhammad mengingatkan kita keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan orang tua? begitu juga.kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan orang tua.Masihkah kita ingat pada kisah Alqamah? Beliau adalah sahabat yang rajin beristiqamah dalam beribadah,bertahajud,solat duha,puasa pada hari isnin dan khamis serta rajin bertadarus Quran.Namun beliau pernah mengecewakan hati ibunya sehingga menyebabkan dia tidak mampu mengucapkan kalimah syahadat menjelang ajalnya.

Para sahabat berusaha untuk membimbingnya tetapi lidah Alqamah tetap kelu dan membisu seribu bahasa.Para sahabat hairan apakah dosa Alqamah hingga beliau tidak berupaya mengucapkan kalimah syahadat.

Walaupun nabi sendiri datang dan membimbingnya.lidah Alqamah tetap tidak dapat mengucapkan "La ilaha illallah Muhammadar rasulullah". Lantas nabi bertanya kepada para sahabat sama ada ibu Alqamah masih hidup.Seorang sahabat menjawab " Ibunya masih hidup tetapi tinggal jauh dari sini.Bapanya sudah meninggal dunia.".

Nabi kemudian meminta untuk memanggil ibunya.Selepas ibunya sampai,nabi memohon ibu Alqamah memaafkan dosa-dosa anaknya itu.Namun ibu Alqamah enggan malah dia berkata " Tidak wahai Rasulullah,Alqamah mengecewakan hatiku.Sewaktu dia masih bujang ,dia selalu mengecewakanku.Aku tidak mahu memaafkannya".

Nabi memujuk ibu Alqamah supaya dia mahu untuk memaafkan kesalahan anaknya.Tetapi ibu Alqamah tetap enggan dan memberikan jawapan yang sama.Melihatkan keadaan itu,nabi memerintahkan para sahabat mencari kayu api.Ibu Alqamah pun bertanya ,"Untuk apa kayu api itu wahai Rasulullah?" Nabi Muhammad  menjawab "katyu api itu untuk membakar Alqamah kerana ibu enggan memaafkan kesalahannya.Kasihan Alqamah,lebih baik dia merasakan panas api dunia daripada panas api neraka.Api neraka itu berlipat kali ganda panasnya daripada api dunia". Mendengarkan kata-kata nabi itu,ibu Alqamah terus memaafkan anaknya.Sejurus kemudian,tanpa bantuan sesiapa Alqamah mengucapkan " La ilaha illalallah Muhammadar rasulullah".

Itulah orang yang berjaya iaitu yang mengakhiri hidupnya dan menutup usianya dengan kalimat syahadat. Nabi berkata ." siapa ucapan terakhirnya adalah " Tiada tuhan selain Allah" dia masuk syurga. Oleh sebab itu sewaktu kita mengerjakan solat tahajud,jangan lupa untuk memohon pada Allah supaya kita dapat menutup mata dengan mengucapkan kalimah syahadat.

Mungkin ada diantara kita yang malas beribadat.Jangankan solat tahajud, solat lima waktu sahaja selalu tinggal.Baik kerana sibuk bekerja,mengejar kerjaya,mengumpul harta dan beragam lagi aktiviti dunia yang lain.Oleh sebab itu ,sewaktu solat tahajud,sampaikan pemohonan maaf  dengan sepenuh hati pada Allah.Mintalah supaya Allah memberikan kekuatan dan kemudahan bagi kita melaksanakan ibadah.Bukankah Allah mengingatkan kita dalam surah at-Takathur,bermegah-megah itu menyebabkan kita lalai pada Allah,lalai pada diri sendiri dan akhirnya lalai pada tujuan hidup.

Masihkah kita ingat pada Tsalabah yang miskin hingga dia perlu berganti pakaian dengan isterinya bagi mendirikan solat? Walaupu keadaannya papa kedana,Tsalabah tidak pernah meninggalkan solat jemaah.Namun kerana kemiskinan itu,dia meminta nabi mendoakannya menjadi orang kaya.Nabi mengingatkan nya " Tsalabah, menjadi orang kaya itu berat ujiannya.Kekayaan itu mungkin menyebabkan kamu lalai beribadah ".

Tsalabah berkata " tidak bagiku wahai rasulullah.Justeru aku kelak menambah ibadahku selepas aku menjadi kaya". Nabi Muhammad pun memohon daripada Allah supaya Tsalabah menjadi orang kaya.Allah  mengabulkan doa nabi dan Tsalabah pun  menjadi orang kaya.Bermodalkan seekor kambing,dia berjaya mengembangkan haiwan ternakannya sehingga Gunung  Madinah tertutup oleh kambing- kambingnya.

Apa yang nabi katakan ternyata menjadi kenyataan.Tsalabah  yang rajin beribadah sewaktu dia miskin kini berubah.Pada mulanya,dia meninggalkan solat Jumaat dan solat lima waktu.Apa yang menyedihkan,dia enggan mengeluarkan zakat.Dipendekkan cerita ,Tsalabah mati dalam keadaan murtad.Oleh sebab itu,sewaktu mengerjakan solat tahajud,panjatkan pemohonan pada Allah supaya memberikan rezeki yang halal dan berkat  yang menjadikan kita hamba yang HUSNUL KHATIMAH.

Mungkin ada diantara kita  yang menjadi pemimpin,diberi amanah oleh Allah menjadi orang yang berpangkatTetapi justeru jawatan kita itu menyebabkan orang lain sengsara atau kita memaafkan jawatan demi  mengkayakan diri sendiri hingga mengfitnah dan menzalimi orang lain.Kita manfaatkan jawatan kita bagi memeras keringat anak buah kita .Oleh sebab itu sewaktu kita solat,kenang dan menyesali kesalahan itu.Apabila kita pernah menzalimi dan mengambil hak orang lain dengan sewenang-wenangnya ,kembalikan hak itu kepadanya,tidak usah berlagak atau malu.Mungkin kita pernah mengkhianati orang,jumpalah mereka dan minta maaf.

Pada suatu ketika Nabi Muhammad bertanya kepada para sahabat, " siapakah orang yang muflis?" Seorang sahabat menjawab " orang yang kehilangan harta bendanya kerana bencana alam, kebakaran ataupun banjir". Nabi berkata " bukan,orang yang muflis adalah orang yang datang membawa kebaikkan di akhirat. Sewaktu amalannya ditimbang ,ada orang datang mengadu pada Allah " Ya Allah,aku keberatan si polan itu masuk syurga.Sewaktu di dunia dia pernah mengambil hak aku dengan sewenang-wenangnya ". Kemudian Allah memerintahkan malaikat mengambil pahala si polan itu dan memberikan kepada orang yang mengadu itu.Kemudian ada lagi yang mengadukan hal yang sama .Orang itu berkata " Ya Allah,aku keberatan si polan itu masuk syurga kerana dia pernah menuduhku sedangkan aku tidak pernah untuk melakukan apa yang dia katakan itu. Allah memerintahkan lagi malaikat mengambil pahala daripada si polan dan memberikan kepada orang yang mengadu itu.Seorang demi seorang terus datang kepada Allah dan mengadukan hal- hal seperti itu hingga si polan itu kehabisan pahalanya .Akhirnya oleh sebab tiada lagi pahala yang boleh diberikan.Allah memutuskan untuk mengalihkan dosa pengadu kepada si polan.

Dengan itu, selepas solat tahajud,kenang dan sesali dosa-dosa kita.Orang yang baik adalah orang yang segera insaf dan bertaubat selepas dia melakukan kesalahan dan bergegas melakukan amal soleh.Jadi ,bagi mereka yang terlanjur berbuat dosa,jangan bersikap pesimis .Allah pasti mengampunkan dosa kita kerana Allah maha pengampun.

Mungkin ada diantara kita yang tidak menunaikan hak-hak fakir miskin dan anak yatim.Kita kena memberikan mereka makan sewaktu mereka kelaparan.Kita tidak memberikan mereka pakaian sewaktu mereka kedinginan dan kita tidak meringankan beban mereka sewaktu mereka kesusahan.Dengan itu selepas selesai solat tahajud ,lihatlah sekeliling kita masih ramai fakir miskin dan anak yatim yang memerlukan bantuan kita.Bukankan Allah menegaskan dalam surah al - Ma'un : orang yang membiarkan fakir miskin dan anak yatim adalah orang mendustakan agama.

p/s : nie merupakan sub topik yang ade dalam buku ni..lau nak bace selanjutnya..leh lah cari buku ni..serious..indeed! touching.

selamat membaca ( ^_^)

for the rest of my life.

No comments: