Showing posts with label CONVERSATION. Show all posts
Showing posts with label CONVERSATION. Show all posts

21 January 2013

Senyuman Dalam Tagisan

Assalammualaikum  dan selamat penghujung malam..hehehe

disebalik senyuman ada tagisan yang mul sendiri faham tapi cuba buat2 tak faham. ( haish..ape kes nya lahai nak cakap berselirat ni..hohoho)

setiap pekerjaan ada dugaan dan kenapa Allah pilih mul untuk dugaan ini?

dalam kebahagiaan ada kesakitan.

saban hari saban waktu terasa diri ini sedang dipergunakan sewenang nya.
mul tahu mul " junior " tapi please..hati mul tak kuat.

kenapa perlu di keluarkan dari tempatnya tanpa sebab yang kukuh?

untuk kepuasaan dunia?

untuk kepentingan diri sendiri?

untuk keseronokkan dunia di saban nafsu menjadi gila?

mengapa dan mengapa?

persoalan ini yang membuat mul terasa macam nak autoclave je kepala otak mangkuk hayung tu..

mul tak nak berfikiran negative tapi hakikatnya..tak boleh,

haram tetap haram..

cara tak kan menghalalkan apa yang haram

susah sangat ke nak faham hukum Allah?

sampai sanggup nak melawan hukum Allah dengan teori dunia yang merepek ntah papa ni?

erm...kepala dah tak boleh nak berfikir dengan waras dan hati mul yang membuat keputusan.

hingga terjadi satu conversation dengan kawan mul.

suddenly..teringat kat dia.so,mul pun text dia.

Lady : aku nak berenti keje.

Men : Huh??ni dah kenapa pulak?

Lady : sakit fizikal ok lagi lau hati? haish..dugaan.

Men : istighfar je bnyk2.

Lady : Painfull

Men : take a rest.

Lady : ok.

Men : rilek ok,

Lady : I m trying.

Men : don't be sad..it's will be ok.

lepas je conversation ni..

mul deep breathing and ingat yang Allah ada bersama..mungkin ada sesuatu yang Allah nak suruh mul buat dekat sini.Tapi tak pasti apa.

Ya Allah berikan aku kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi ini semua.Walau hati kadang kala rapuh untuk meneruskan,tetap kan hati ku ni hanya untuk Mu Ya Allah.

ameen..

bersabar lah wahai hati.jangan terlalu ikut bisikan nafsu.

kuatkan semangat,jangan lemah.Allah always by our side.

insya'Allah.

p/s : thanks  a lot bagi aku pinjam semangat kau..nanti bila aku dah ok,aku pulangkan balik..hehe..


kau cool macam gambar ni

bagi payung tak kala aku terasa nak banjir je. haha

i'm really appreciated that.

bukan senang nak cari kawan yang diffrent gender leh layan otak aku yang sometimes ok consider like " mature " n sometimes consider like " childish!" annoying u noe that.haha

pape pun.aku tahu..kau tak kan jumpa pempuan pelik cam aku.

apa yang aku suka belum tentu semua orang suka.

dan apa yang orang suka,belum tentu aku suka.

n the best part is..aku mmg akan jadi HIPOKRIT sebab nak jaga hati orang..ecehceh..jaga lah sngt ye..haha

ok lah..malam dah larut..kang tahajud kemana,subuh kemana nanti..haha

nite n sweet dream..May Allah Blessing u, friend!..ameen..




20 January 2013

HONEST FROM OUR HEART.

Assalamualaikum..

sebenarnya..sekarang ni mul sedang mencari " mood " untuk siapkan tugasan pasal ibu mengandung.

bukan senang nak siapkan satu buku just untuk bagi pendidikan kesihatan kepada bakal2 ibu dan semua orang yang ingin mengetahui mengenai ibu mengandung ni.hehe

from medical to convert to public education..it's not easy like makan ABC ( Air Batu Campur) haha

memang lah mul suka goreng lau buat pape article pun..tapi goreng kena ada cara..biar ilmu tu sampai kan? hehe

tutup story pasal mood buku ibu mengandung.

kita open citer pasal tajuk kat atas..hehe

* honest from our heart *

deep meaning sebenarnya ayat kat atas tu..bukan saja2 nak bagi tajuk tapi..mmg hakikatnya..behind the statement ada maksud berselirat.haha

ok..ikuti conversation mul dan kawan mul.

mul ni asyik berconversation je kan..al maklumlah..bakal2 pensyarah memang macam ni..haha ( terperasan sudah..lol) haha

last text mul kat kawan mul :

lady : Perkenalan kita bermula dengan gurauan..tak sangka akan jadi serapat ini.Kau faham apa yang aku rasa dan nak cari dalam hidup ini.Aku cuma nak cakap,.Tq bagi aku semangat dan guide aku.Aku bersyukur aku nak " change " bukan sebab sape2 tapi sebab aku dah penat hidup tak ada makna.Aku nak pengakhiran hidup aku dalam " iman ".

Happy Birthday ** and semoga Allah memberkati kau.amin..

Aku hargai kau sebagai kawan aku.Hadir kau dalam hidup aku buat aku memikir apa yang aku perlu buat dalam hidup ini and finally,jawapan dan ada tinggal tindakan yang perlu dilaksanakan.
insya'Allah

Friendship4ever!

* sebenarnya..ada satu ayat ni yang buat mul tertanya2 dan tersentap.

Nothing's late before mati.

Change for good 

Let it be because of Him

From Him that I came

to Him that will be returned

sepatutnya, mul hidup untuk itu.

walaupun hanya tulisan dan statement tapi ia mampu membuat kita tersentap.

hidayah " nur " itu perlu dicari bukan di tunggu.

lau Allah dah ketuk " pintu hati tuk beri HIDAYAH,jangan ditunggu masa tuk berubah..berubahlah sekarang..bak kata ustaz Don Daniyal..andai esok tiada..bagaimana pengakhiran hidup kita? dalam iman? dalam maksiat? dalam kekufuran.? 

soalan ni yang akan menentukan siapa kita di akhirat nanti.

morning..before subuh..kawan mul reply text mul.

Men : Kadangkala kita tak pasti siapa yang hadir tanpa di sangka didepan kita.Mungkin kawan,mungkin lawan tapi dalam pada yang sama Allah ingin menguji kita.Aku,Kau dan semua orang tahu apa yang nak di cari dalam hidup ini tapi tak tahu macam mana nak mulakan.Masing -masing mencari satu destinasi yang sama iaitu Allah dan ada jalannya sendiri mungkin seperti highway hanya terus saja tapi perlu bayar tol dan mungkin seperti lalu jalan kampung yang tiada tol tapi penuh dengan liku2 serta jauh.

Anggap saja aku ni kawan biasa yang hanya menasihati dan minta dinasihati seperti kau.Aku masih dalam usaha memperbaiki diri kerana kisah silam aku cukup mengajar aku tentang masa walau sesaat dan apa yang dikerjakan.

Jika dah dapat jawapan lakukanlah walau terpaksa memaksa diri.

Apabila di tanya kelak " apa yang kau buat kawanmu?"
Walaupun aku tahu aku tidak dapat mengubahnya tapi aku berusaha untuk menasihatinya selagi termampu.


dalam blog :

Aku tak nak bear tu kerana bear itu akan membuatkan aku mengingati kau dari Allah.Tapi bagilah aku plastik yang membalutinya kerana plastik itu ibarat menutup dan menjaga bunga dan bear dari kekotoran.

Thanks 4 de wish

insya'Allah..friend4ver.

ikhlas dari hati aku.

and mul..memikir.

lau dia boleh u turn kejalan " LURUS"

kenapa tidak pada mul..semua orang akan kembali ke fitrahnya.

mungkin kita ada kisah silam yang perit tapi anggap lah masa silam itu adalah zaman kejahilan kita.dan bersyukur lah Allah ketuk pintu hati sebelum kita mati.

mungkin kita bukan muhrim dan syaitan juga senang tuk menghasut hati kita.

Aku tak nak kerana kau nak guide aku tapi syaitan goda hati kita tuk pekara yang lain.

memang kita tak berjumpa tapi melalui sms juga akan melalaikan kita.

aku mintak maaf sebab after this all things,aku kena had kan pergaulan aku dengan kau.

kau mencari yang Satu

dan aku juga mencari yang Satu

biarlah kita sama2 berjuang mencari yang Satu.

p/s : aku tahu kau akan baca entri ni dan aku harap kau pun faham pe yang aku rasa.

walaupun perangai aku agak kelakian..tapi benar kata orang2 tua..jadilah wanita yang solehah yang sentiasa dihormati.

berubah its not crime.

just because of Allah..sepatutnya,aku kena hidup dengan syariat yang telah di gariskan.

masuk ke dalam ISLAM secara TOTAL..that's it " BAIK"

SOLAT + IBADAH + SYARIAT = ISLAM.

ni lah perjalanan hakikat insan yang perlu dijalani..

sesungguhnya kita hidup kat dunia ni tak lain tak bukan hanya lah kerana untuk BERIBADAH.

Allah tak kan menciptakan sesuatu tanpa sia2..

" Dan tidaklah Kami menciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah ( kepada Kami )"  ( Az - Zariyat : 56)

aku masih bertatih dalam hidup ini.

even aku dipandang kat depan masyarakat tapi depan Allah aku nothing..zero..

hidup bukan tuk mati

tapi mati tuk hidup.

ok lah..setakat ni lah luahan mul..mungkin ramai tertanya mengapa dan kenapa..

hakikatnya..mul tak tau nak cakap pe..mul hnya mampu senyum dengan setiap soalan.

tq kepada kawan mul yang ada disisi mul saat mul terasa nak masuk gaung n tak nak keluar dari dalam tu..biarkan berada disana.

haha

tapi..sampai bila nak melarikan diri?

kenapa tak nak berhadapan dengan setiap dugaan?

kenapa perlu berlari?

dan kenapa...

jawapan hanya satu..

BERTANGGUNGJAWAB.

:D

19 January 2013

P.E.R.M.U.L.A.A.N H.I.D.U.P

Assalamualaikum..dan salam sejahtera.

cuti selama 7 hari telah pun berakhir..dan hari ni mul kena mulakan langkah baru tuk bekerja kembali..

semoga permulaan hari ini mendatangkan keberkatan dari Allah. ameen..

selama percutian yang agak panjang dan heaven ni, memberikan mul terasa mencari sesuatu.

perjumpaan yang sukar tuk di tafsirkan.

pertemuan yang hakikatnya..manusia akan kembali ke fitrah nya.

hanya lambat dan cepat saja.

persoalan demi persoalan berlegar2 di fikiran.

pening dan penat mencari..

Allah akan menghantar seseorang kepada kita untuk guide kita ke mana arah yang perlu kita lalui, and finally..i found someone..abviously..jumpa kat fb..tapi..dia faham ape yang mul rasa n cari..dan mul pun berharap..Allah menghantar orang yang benar..insya'Allah.

Jika ramai berkata facebook dan alam maya ni semua hnya lakonan sebab kita tak kenal sape pun mereka tapi ingat..Allah itu sentiasa ada untuk menjaga kita dari segala hal.Jadi keyakinan kita itu perlu untuk yakin bahawa Allah akn pertemukan kita dengan orang yang benar2 ikhlas dengan kita..insya'Allah.

actually semasa dalam bas nak balik hostel..mul terfikir sesuatu..

sampai bila nak hidup mcm nie?

x de makne..dalam hati kosong.

memang kosong..

untill terasa nak text someone.

nie lah conversation mul dengan kawan mul tu.


Lady : Ana budak baik! boleh x **?

Men : ?? x faham

Lady : semua orang ada mase silam .Change its not crime.turn to Allah before return to Allah.may i?

Men : that's true..tapi x faham lagi nie.

Lady : aku nak berubah lah ** ..change for good.

Men : Berubah lah selagi sempat,Tak yah malu dengan perubahan tapi malu dengan Allah sebab kita tak berubah.Aku tak pandang kau sape sebelum ini tapi aku pandang kau sape diri kau hari ini dan dikemudian hari.Masing2 ada sejarah sendiri.same with me.

Lady : insya'Allah ** ..penat hidup lau x ada makna. be my guide?

he noe what i m feel..that the reason nape mul senang nak confess dengan die..

actually..its better luah kat lelaki sebab dia akan simpan our secret forever than women..haha..( bukan nak kutuk tapi hakikat..hehe)

dia ade bgi satu tajuk ni suruh buat entri kat blog..

tajuknya " Hakikat Insan "..bunyi cam senang je kan..

tapi hakikatnye..berat n bila akal dah tak mampu untuk berfikir dan hanya hati saja yang menjangkaui akal untuk berfikir.

memang heavy nak buat entri nie..hope so,one day leh siapkan entri yang dia mintak tu dengan keizinan Allah.

semoga masa tidak mencemburui mul dan dapat siapkan semua tugasan dengan sabar dan tenang.

text tuk doktor tak siap lagi.

exam nak dekat.

study pun baru sampai fungsi badan manusia..belum lagi treatment untuk pesakit.

haila..

tuntutan Allah juga perlu di jaga..

sesungguhnya manusia akan kembali kepada fitrah..cuma lambat atau cepat saja.

doakan mul boleh siapkan tugasan ni

semoga mul dijauhkan dengan pekara yang lagha..amin amin amin..insya'Allah.

p/s : kpd kawan mul yg mul hargai..hidup x perlu serious tapi ingat hak Allah kena jaga baik2..

masuk ke dalam islam secara total..that's is baik..

nanti entri yang lain kita bincang pasal entri menjadi " BAIK"..hehe

tq be my guide..motivate=)

honestly from my heart..may Allah blessing u..ameen.=)

15 January 2013

O.N.L.Y C.O.N.V.E.R.S.A.T.I.O.N


assalamualaikum..

bila hati tak keruan pasti kita akan mencari someone tuk meluahkan rite? well..mul pun cm tue..mula2 terasa nak chatting biasa2 je..tapi..

behind the message have a own story.

ni conversation mul dengan kawan mul..only dia yang faham pasal conversation ni..haha

kadang kala,tidak perlu guna ayat straight just guna kiasan pun boleh..hoho

conversation start :

Lady : Lau lah aku ada kapal selam,aku nak belayar ke mana saja aku nak pergi.Bestnya 
          lahai..haha

Men  : Kenapa naik kapal selam sedangkan kau ada sepasang kaki?

Lady : Bila langkah penat mengayun dan akhirnya tersungkur tanpa mampu untuk bergerak.

Men  : Jangan memaksa badan jika tak mampu kerana rehat dapat memulihkannya.

Lady : Apa gunanya jasad terbaring tapi akal masih menerawang ntah kemana dan akhirnya
          membenarkan akal serabut dan selirat.

Men   : Jasad terbaring tak bererti tidak bergerak,akal fikiran tenang di suatu alam,mimpi
           yang indah.

Lady : Bila terjaga dri mimpi,semuanya berakhir.Realiti menanti di hadapan dengan 
          senyuman dugaan.Scar still present even pain was gones by times,

Men  : Orang biasa berkata,janganlah bermimpi takkan jadi kenyataan tapi dengarlah kata
          orang luar biasa,teruskan bermimpi dan jadikan kenyataan.

Lady  : Move on even tahu masa depan tu tak pasti.Bila akal menjadi tak pasti,akhirnya 
           isthikarah the best one.Lepaskan semua lelah dan jalani hidup dengan tenang.
           Indeed!

Men  : Idea,isthikarah,usaha baru tawakal.Jangan dikejar yang dihujung sana sedangkan
           didepan sendiri ada rezeki..teettt..

Lady : insya'Allah.tq so muchh **** ..sayang kau tuk hari ni.esok expired..haha

Men  ; kau lah ni nak bermadah2 pulak.Aku pun tiba2 melayan kau pulak kan.haha..tak yah 
          nak sayang sangat la.Baik sayang mak ayah kau.dapat pahala.hehe

tamatlah conversation ala2 ayat sastera tu..haha..

dulu sorang nak jadi lawyer tapi tak kesampaian.

dan sorang lagi bekas budak sastera..

bila satu bakat lawyer dan sastera buat conversation macam ni lah jadi nya..

haru ke laut biru..hahaha

btw..deep meaning sebenarnya conversation kat atas ni and lau tuk mul..memey berat sikit lah..huhu

terasa dalam kandang yang sedang dibicarakan kes je..haha

pape pun..mul nak say thanks a lot kat kawan mul ni sebab ayat2 dia buat mul memikir something..hoho..

hanya beberapa ayat saja,kita boleh bantu kawan kita yang terasa macam nak jatuh ke laut dalam je kan..seolah2 hidup ni berlaku kejam ke atasnya..hoho

p/s : thanks  alot..aku tahu kau akan baca entri ni..aku buat entri ni memg khas tuk kau.that mean,kau kawan yang aku hargai..hoho

may Allah blessing u..ameen..=)

friend 4ever!..hehe
           



ok..dlm gambar ni ada bear dan bunga..tapi..aku nak ambik bunga sebab dia bunga matahari..aku tak suka bear sebab dia buat aku takut lau malam.haha

kau amek bear lah..hoho

aku tak leh nak pos sebab tak sempat..lain masa nanti aku pos lain k..haha

p/s : susah jugak nak matikan ayat kau kan..sometimes rase nak surrender je..haha..

14 January 2013

B.U.R.G.E.R T.I.M.E

Assalammualaikum..
selamat malam semua..hoho..

lau duduk kg memey tak sah lah lau tak makan burger tepi jalan kan? hoho
( hati dan berjiwa kampung tol mul nie kan? ) haha
ok,mul nak story..
tadi mul nak ambik akak mul dari keje.
mula2 mul nak makan rangka ayam sebab lau kat jb area mul tinggal tak de pasar malam so susah nak dapat makanan macam ni..huhu
lau balik kg,memey payback balik lah..huhu
tu yang makan double n badan mul bertambah semangat..haha

back to main title..haha
ada satu kedai burger ni mul memey suka lah.
reason mul suka 

- abg yang jual burger ni hensom! haha
-sedap
rasa burger dia lain dari lain..hoho
yang paling penting,kedai burger ni dah lama ada
sejak mul dri form 1 lagi..hoho

ikuti perbualan mul dengan dia ye.hoho

Abg Burger : adik, baru balik keje dianpang ke? ( dia tnya kat akak mul )

Akak mul : ya..sebenar nya balik awal tapi tdi kira duit tu yang lambat keluar.

Abg Burger : owh..ok tak keje sana? basic dia ok tak? bos dia ok tak?

Akak Mul : so far,ok..ala..bos pun kena buli dengan staff..bos kat situ sporting..hoho

Abg Burger : ok lah tu dik,tak macam kat wellward ni..teruk..kesian pekerja dia.bos dia tak ok lah..

mul hanya menjadi pemerhati saja dan pendengar yang setia..hoho

conversation mul & abg burger :

abg burger : dik,kau keje kat mana sekarang?

mul : saya keje kat hospital bersalin kat jb lah abg..tmn pelangi.

abg burger : owh..tahu2..budak nurse sekarang bukan boleh percaya pun.

mul : ha? maksud abg apa?

abg burger : masa abg kat KL dulu,ramai lah student nurse ni rosak.jala kengkang dah macam anak 4 dah.

mul : erm..normal kot sebab dulu time study pun,mostly kawan mmg ramai cm tu cuma mul tak amek port lah.

abg burger : jangan lah g KL..baik  adik duk kat kg2 ni je.selamat dan jadi manusia.

mul : erm..so far,Alhamdulillah.sepanjang saya kat KL,saya jadi manusia..hehe

abg burger : bukan semua student nurse tu rosak kan..janji pandai jaga diri..ok lah..tu,adik bongsu abg tu..abg jaga dia betul2..nt dia dah kawin tahun ni baru abg lepaskan dia.

mul : awesome! bagus lah abg ni..hoho ( dlm hati - gila tak gila abg ni jaga adik dia..abg mul pun tak macam tu..haha)

abg burger : abg sayang adik abg tu dik..tu yang abg jaga baik2..

mul : abg2 mithali lah..hoho

burger pun siap dan sudah di bayar..

conversation mul pun tamat..hoho

ok,like a usual..the moral of story..

  1. dont jugde a people from job..haha..
  2. kepercayaan
ok,moral of the story first tu sebab dia cakap student nurse rosak lagi2 yang study kat KL..bagi mul,hidup kat KL sama je macam life kat JB..hati masing2 lau nak buat jahat.Tipu lah lau mul tak pernah di goda dengan tawaran ntah pape sepanjang kat KL kan..tapi,bgi mul..iman mul masih kuat nak buat bukan2..

jauh dari family bukan tiket atau lesen untuk mul bergerak bebas tuk rasa life ni.

jauh tu yang mengajar mul menjadi manusia matang.

jauh itu mengajar mul menjadi seorang berdikari..Susah senang luah kat Allah..tak perlu mencari pekara lain..nie lah nasihat bapak mul dan abg kesayangan mul.

n the last one moral of the story lak,

kepercayaan..lau abg dia percaya kat adik dia..dia tak kan kongkong adik dia macam tu sekali..hoho..

kepercayaan datang dari hati..keyakinan kita terhadap seseorang.

mul di campak kat KL sorang tanpa saudara mara. tak de satu pun mul kenal..sorang diri macam ank di tirikan je..haha ( ecehceh..ayat merajuk study jauh dengan family..haha)

frankly speaking..mul kenal Allah dan kenal diri masa mul dekat KL..di tengah lautan dugaan dan godaan duniawi..mul jumpa diri mul.Alhamdulillah..balik kg,mul jadi " manusia" hoho

ok lah..malam dah larut..mul nak tdo..esok kena hantar adik g sekolah..

well,rutin harian lau balik kampung..menjadi ibu supir kayaknya..haha

gd nite n sweet dream.

may Allah blessing..ameen..=)


ni lah adik mul yang mul kena hantar dia g sekolah dan balik sekolah..hoho..