assalammualaikum dan salam sejahtera.hehe
semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi kehidupan sepanjang hari ini.
ameen.
ok..based on title kat atas.hoho
mul saje je nak bagi tajuk macam tu sebab memang kenyataan.haha
kadang kala hati membisik untuk kita melangkah.
meninggalkan apa yang membuatkan kita sakit
tapi,keadaan yang membuatkan kita bertahan
family, orang di sekeliling,semangat dan kekuatan kawan kita menghadapi.
membuatkan langkah mati dan terus berada di tempat kita berdiri
bukan takut untuk melangkah
tapi,
apakah kesan after kita melangkah..
semakin baik? atau semakin buruk?
masa depan itu tidak boleh di jangkakan.
pelbagai dugaan yang perlu di hadapi.
bersedia kah mental?
fizikal?
semuanya menjadi satu pabila setiap soalan cuba di rungkaikan.
dan akhirnya..diam seribu kata.
ikuti conversation mul dengan staff disini :
situation ni ketika duduk di tepi tembok di pasar karat johor bahru :
mul : mul nak berenti keje lah.( burger dikeluarkan dari plastik )
diam..
kak cheng : akk pun sama.tapi..doktor sayang ana..dia nak hantar ana g belajar..midwifes license
tu..bukan senang nak dapat.nak amek byself pun kena melabur standard degree.
mahal tu.. ( sambil makan oblong )
mul : doktor tu saje lah kak..disaat kaki nak melangkah dia nak ikat kontrak. ( lemon ais melepasi
esophagus )
kak cheng : sanggup ke nak berenti lepaskan ni semua? ( satu suapan oblong di mulut)
mul : sanggup je tapi..kita kena cari keje lain.tak kan nak ngangur tanam anggur kot? haha
( terasa perit membuat pilihan sebenarnya)
suasana diam..hanya manusia saja bergerak dihadapan kami tapi,jiwa kami melayang ntah ke mana.
kak cheng : tinggal kat johor ni je lah yang akk boleh harap.kat sini akk ade abg yang boleh
bergantung.lau kat KL,memang akak tak sape pun.
erm..masing2 masih menikmati makanan di mulut.
mul : same dengan saya lah kak.saya pun tak de sape2 kat KL..tapi tawaran keje..saya banyak
dapat kat area KL.semuanya tolak. ( satu suapan ayam uncle bob dikunyah )
kak cheng : kenape?
mul : sebab ana tak de sape2 kat sane.diri sendiri..family tak bagi..( sambil menghirup udara malam)
kak cheng : same dengan lah kita ni ye? haha..
diam..diam..dan diam..
mul : sampai bila kita nak menjadi orang yang tiada hati dan perasaan ni?
( memandang muka kak cheng dengan penuh pengharapan )
kak cheng : sampai kita cukup setahun kat sini.
mul : lama lagi tu kak..sakit tu kat sini cm ner? ( tgn di dada )
kak cheng : sabar..nak buat macam mana,takdir kat sini.sape yang sanggup tahan ni semua?
diam..makanan semakin habis di rakus dengan esophagus..dan kini menanti untuk diisi dengan minuman.
mul : orang gila pun belum tentu lagi nak tahan.( sambil buat muka troll)
kak cheng : tahu tak pe.kita buat je lah hati kita ni kuat dan konkrit.
mul : pinjam sekejap hati tu,kadang2 tak kuat kak.
kak cheng : ana kuat..selalu je senyum.time2 orang nak marah,muka die senyum je.
( kening double jerk di angkat )
mul : haha..senyum tu terapi kak..senyum dalam kesakitan.
( sambil memerhati seorang lelaki yg sedang meliar matanye memandang seorang perempuan
seksi dihadapannye..atas sampai bawah)
kak cheng : haha..tahu pun..so,tahan lah..kita kan memang orang tak de perasaan? kan? haha
mul : haha..bukan tak ade perasaan tapi H.I.P.O.K.R.I.T! ..haha
( masih memerhati..benarlah hadis yg menyatakan perempuan itu perlu menutup aurat
dengan sempurna sebab kita tidak tahu pandangan lelaki kepada kita)
kak cheng ; haha..hipokrit the konkrit..haha
mul : haha..
tiba2..kami memandang antara satu sama lain dan senyuman pelik dibibir beserta kedutan didahi terhias.
kak cheng : nampak pe yang akak sedang lihat tak?
mul : akak pun tengok pe yang saya sedang perhati dari tadi ke? ( muka pelik)
kak cheng : ana pun perhati gak ke? ( wajah di paling ke sisi melihat muka mul )
mul : haha..ye lah..nak cakap pe kat perempuan tu? salah lelaki ke perempuan?
kak cheng : salah perempuan..sape suruh pakai baju seksi maut macam tu.kang dah kena tngok
cm tue..haha
mul : haha..akk berani pakai baju seksi macam tu tak?
kak cheng : akk memang tak pakai..malu..seksi tu ana..lelaki ni miang.
mul : haha..tahu pun..sebab tu saya tutup semua..menjaga diri kak cheng.( muka senyum )
kak cheng : haha..betul2..jom..
langkah di buka..setapak demi setapak melewati gerai2 di pasar karat sambil melayan perasaan sendiri.
ni lah rutin harian kami.
andai hati semakin tidak dapat dibedung tuk menahan segala "ragging hati "disini
pasar karat menjadi tumpuan.
bukan nak membeli barangan pun
tapi hanya melangkah dan terus melangkah.
melupakan setiap peristiwa yang terjadi.
menikmati malam di tengah2 kota yang sibuk.
melayan jiwa
menenangkan hati yang saban hari terluka
dan di jahit kembali.
segalanya perit untuk ditelan.
p/s : berjalan lah terus menerus jangan berenti hingga lelah..jangan pernah berputus asa di tengah jalan..sebab kemungkinan di hadapan itu ada yang sedang menanti.
take a rest.
enough.
deep breathing.
exhale everything.
remember..Allah by ourside.
ameen..insya'Allah.
No comments:
Post a Comment