13 January 2013

BACK TO HOME

H.O.M.E  S.W.E.E.T. H.O.M.E



Alhamdulillah..dan akhirnya..

tak tahu nak say apa sebab hanya equation ni yang mampu gambarkan..hoho

                            HOME + SWEET = HEAVEN!

sesungguhnya,rumah itu syurga ku.heee

setelah 40 hari tak balik kampung halaman,akhirnya cuti yang sudah dimohon sejak sebulan yang lalu telah di approvekan dengan bahagianya..haha
( ayat pun dah tongkang terbalik elak lori pasir terabur je..haha)

frankly speaking,mul memang tak boleh hidup kat bandar lama2 sebab mul terasa macam tak ada life.Well,nak wat cm ner kan,dah rezeki keje kat bandar..huwawawa..( sambil lap hingus,..cet! haha)

no wonder lah parents dan abg kesayangan mul tak pernah bagi kelonggaran tuk mul study kat teknik..alasan yang paing baik adalah,kami tak nak yana sedih.

bila diamati dengan betul2 ( ecehceh,dah cm nak hayati lagu je..haha)..ada benarnya mereka melarang mul tinggal kat asrama.satu word je yang mul boleh bagitahu dan gambarkan segalanya..hoho 


                                             H.O.M.E.S.I.C.K!

pelik tapi benar..mul bukan anak last dan bukan juga anak perempuan tunggal tapi kenapa perasaan homesick ni sentiasa menghantui kan..Well nak wat cm ner,mul dah terlebih over shadow kan..haha..

10 sebab mul suka tinggal kat rumah :

  1. damai dan tenang.x yah lah mul nak dengar deruan enjin kete,lori dan segala kenderaan lah.
  2. suasana subuh yang sangat speechless nak digambarkan..cuma leh bagi tahu word ni je.. MASHA ALLAH..amazing! 
  3. kesejukkan! haha..lau nama rumah kayu,bila malam menjelma,memey cam ada kat kawasan air cond dengan suhu 16 darjah celcius..x ke beku tu..haha
  4. boleh dengar bunyi ayam berkokok masa subuh..x yah pakai jam loceng sebb ayam tu akan berbunyi pukul 5.45 am..awesome kan? before subuh ayam tu dah kejut mul..haha
  5. tilam yang hanya untuk mul saja..sedapnya tido..haha..mmg x kan sedar even bom meletup kat sebelah..haha
  6. mak akan tanya,yana nak makan apa..hoho..( nampak benor manjanya..haha)
  7. mul boleh kemas rumah dan masak apa saja yang mul nak masak.( mul hanya akan masak bila ada kat kg saja..sebab dapur mak mul paling best..bnyk ilham..haha)
  8. mul suka duduk kat jambatan bila petang menjelma..sngt2 damai..hoho
  9. mul boleh minum air kelapa jiran rumah mul punya..haha
    ( baru terasa nikmatnya berjiran kan? haha)
  10. mul suka pokok pisang! sebab kat situ sejuk..haha

genap 10 pekara kenapa mul suka ada kat rumah..hoho

ada satu lagi yang mul tak masukkan dalam senarai..

LOVE..

bgi mul,LOVE tu kasih sayang..kat rumah ni mul dapat rasakan kasih sayang setiap orang.
bagilah mul apa pun.tak kan mul gadaikan yang satu ni.sebab mul tahu bukan senang nak ada kasih sayang lagi2 lah kasih sayang antara family.

teringat kenangan masa kecik.kami adik beradik bagai anjing dan kucing.pantang jumpa nak gaduh tapi yang peliknya,bila ada game je kami leh jadi geng..kamceng lagi..haha

sekarang ni,bila dah besar semua jauh.

jauh itu mengajar kami erti kasih sayang antara satu sama lain.

sekarang ni kami bagaikan aur dan tebing.pantang dipisahkan,mulalah macam cacing kepanasan..
maksud mul cacing kepanasan adalah

- biasanya,mul suka masej dan gurau2 kat masej..terasa cam kawan lak..haha
- lau mul malas nak type..salah sorang mesti berkorban kredit..sebab bila dah berborak memey tak leh stop lah jawabnya.haha
- lau tak pun,pakat plan cuti sama2..pas tu habiskan masa sama2 kat rumah tngok movie + ada makanan ringan + soft drink = sweet memories! hoho

ni lah aktiviti kami bersama..hoho..



bila dah semua berkumpul..memey ni lah keje nya..makan dan makan..haha
hbis je cuti dan masuk keje balik,semua merungut,,badan dah naik,baju x muat ( ni rungutan mul ) haha,seluar ketat lah dan macam2 lagi lah.

mulalah semua pasang niat..nak kurus balik..haha..tpi boleh ke? hoho

pape pun,cuti seminggu ni hanya untuk family yang tercinta..xoxo..love u..

p/s : after mul cuti baru mul sambung balik post entri pasal pregnant mother n post natal mother..hehe..

semoga berbahagia disamping family tercinta..ameen..insya'Allah,

note : hargai family sementara mereka masih ada.xoxo

mereka ni semua hero2 kesayangan mul..hohoho



mul bersyukur sebab mul ada 

sorang kakak
sorang abang
sorang adik lelaki
sorang adik perempuan

semua lengkap..indahnya hidup ini semua mul ada.Alhamdulillah..

budak kecik lelaki ni adalah permata hati kami sekeluarga..dia lah cucu kesayangan..nakalnya,bijaknya,petahnya semua yang ada didalam diri budak kecik ni merupakan warisan perangai kami 5 beradik..hoho

gd nite and sweet dream..sedapnya dapat tido kat tilam kesayangan nie.haha

assalamualaikum..=)

esok nak panjat pokok rambutan..hahaha









No comments: