ok,hari ni mul keje shift petang,so pagi ni mul nak tulis entri pasal family planning.
Al maklumlah,mul ni keje bahagian orang bersalin dan secara tidak lansung mul berkait rapat dengan orang yang sudah berkawin.Untuk pasangan yang baru melahirkan anak mesti terfikir2 bagaimana nak menjarakkan kehamilan kan?
and then mesti ada pelbagai soalan yang berselirat.
antara soalan glamour ( ala 2 artist gitu.haha)
- apa hukumnya merancang kehamilan?
- apa kaedah yang terbaik?
- mendatangkan kemudharatan tak?
sebelum mul berkeluarga mul sudah sedia tahu tentang hal ini.Alhamdulillah.
penulis buku motivasi bercorak islamic pernah berkata di dalam satu buku motivasi beliau.
( Langit Ilahi,Tuhan Tidak Lupakan Kita )
Hanya orang yang bergerak untuk mengenali Allah sahaja yang Allah akan berikannya kefahaman.Hanya yang mengenali Allah sahajalah yang akan takut berbuat dosa.Hanya orang yang mengenali Allah sahajalah,hidupnya akan bahagia.
berdasarkan ayat di atas,mul nak kaitkan satu soalan ni daripada salah seorang akak yang sudah berkawin.
ikuti conversation mul dan dia :
mul : saya tak habis fikir kenapa orang yang sudah berkawin ni masih lagi mahu buang baby
( gugurkan baby) .bukan ke dia dah ada suami ke? kenapa mesti nak gugurkan?
dengan alasan apa? kan masih banyak lagi kaedah untuk merancang kehamilan?
( satu suapan bihun goreng masuk ke mulut mul)
akak dia tu ada masalah,tu yang dia tak nak baby.tak pe lah..urusan dia dengann Allah.
kita cuma tolong je settle kan masalah dia.
( sambil minum teh o ais )
mul : saya masih tak boleh fikir positive kak.bukan ke ada kaedah lain tuk menjarakkan
kehamilan? contohnya,mengambil pil perancang.
( sambil makan bihun sambil memikir logik akal melalui hukum Allah )
akak : bukan ke mengambil pil perancang itu haram?
mul : ok kak..mul ada baca satu article ni pasal merancang kehamilan.
semua para ulamak dah bincangkan hal ini dan mereka sepakat untuk mengeluarkan
3 resolusi untuk merancang kehamilan.
- Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang2 umum yang mengehadkan kebebasan pasangan untuk mempunyai ramai anak.
- Adalah dilarang untuk " secara kekal " menghentikan keupayaan lelaki dan wanita untuk menghasilkan zuriat seperti hystrectomy ( pembuangan rahim ) atau vasectomy ( pembuangan testis ) selagi mana tiada keadaan yang memerlukan kerangka syariat Islam.
- Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhkannya kepada waktu tertentu jika terdapat keperluan syariat dengan mendapat pandangan ,nasihat dan persetujuan bersama antara pasangan.Walaubagaimanapun,ia mestilah dilakukan tanpa membawa kemudaratan dengan kaedah yang dilulus syarak dan tanpa melakukan apa-apa yang merencatkan kehamilan semasa yang wujud.
Akak : ok.akak nak tanya kau,
Kita tak tahu bila Allah nak bagi rezeki ( anak ) dekat kita.Andai kata kita makan pil perancang,n then masa tu Allah nak bagi kita rezeki ( anak ) tu tapi kita makan pil perancang dan bukan kah kita sedang menolak rezeki Allah? berdosa kan?
* ISLAM ITU MUDAH ANDAI KITA FAHAM MELALUI HUKUM ALLAH *
Mul :
" Kami tidak meminta daripada kamu rezeki,malah Kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu" ( Taha :132)
berdasarkan firman Allah di atas,kita memang tidak tahu bila Allah nak bagi kita rezeki dan bila kita dapat anak sebab itu urusan Allah.
T.E.T.A.P.I....kita cuma ikthiar,berusaha dan bertawakal untuk menjarakkan kehamilan dengan brsyarat kaedah yang diambil itu tidak mendatangkan kemudharatan kepada diri kita sendiri.Seandainya,semasa dalam perancangan itu,kita di sahkan pregnant,kita hendaklah berhenti mengambil pil perancang untuk meneruskan kehamilan bukan untuk meneruskan mengugurkan kandungan dengan alasan yang tak munasabah.
saya masih tidak boleh memikir kak,yang melakukan penguguran baby itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik.
siapa kita untuk membunuh baby yang tidak berdosa n the best part is,baby yang ada itu adalah hasil daripada hubungan halal? tak kejam ke namanye tu?
Akak : kau tak kawin dan tak ada husband,kau tak faham lagi.
Mul : bukan sebab tak kawin atau sudah tapi sebab MENTALITY..cara berfikir seseorang itu.
Kita berusaha,berikthiar dan bertawakal kepada Allah.Kita tak perlu memikir urusan Allah sebab Allah itu Maha Mengetahui apa yang ada di hadapan,di belakang dan disisi kita malah di dalam hati kita juga. Siapa kita untuk melawan takdir Allah?
"Allah,tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup,Yang Maha Terus - Menerus mengawas mahkluk-Nya.Yang Tidak Mengantuk dan Tidak Tidur.Milik- Nya apa yang ada dibumi.Tiada yang dapat memberikan syafaat disisi-Nya tanpa izinNya.Dia Mengetahui apa yang ada dihadapan mereka ( hamba - hambaNya) dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang Ilmu melainkan apa yang Dia kehendaki.Kursi-Nya meliputi langit dan bumi.Dan Dia tidak merasa berat memelihara kedua-duaNya dan Dia itu Maha Tinggi lagi Maha Besar.
( Al- Baqarah:225)
Akak Kedua : huh!..kau kawin nanti kau tahu lah.
Mul : susah sangat ke kita nak faham guna hukum Allah daripada kita sibuk mengagungkan hukum dunia ni?
akak,mul nak solat jap.
( sambil melangkah ke bilik solat, sabarkan hati wahai muliana..Ya Allah berikan mereka petunjuk.ameen.)
tamat lah conversation mul yang agak ada ketegangan disitu..ambli ikhtibar.
ilmu dan kematangan seseorang itu bukan di nilai dari ilmu dan umur tapi dinilai dari bagaimana seseorang itu memikir mengenai kehidupan ini dan pada masa akan datang.
jangan hidup hanya untuk hidup saja
tapi,hidup lah dengan setiap langkah itu ada manfaatnya.
the moral of this conversation :
1 : buka hati buka minda dan jadilah orang yang bertanggungjawab.Jangan kerana dunia kita sanggup buang hukum Allah macam tu saja. ingat,KEMATIAN ITU PASTI dan PADANG MASYAR ITU WUJUD. hari perhitungan itu menanti.Jangan sudah terhantuk baru tergadah otak..Jangan terlalu yakin yang kita ni hidup dalam satu jangka masa yang lama.Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok,
2 : Jangan terlalu sempoi hingga menolak takdir Allah sampai yang halal pun di kata haram dan haram itu dikata halal.
siapa kita untuk menentukan itu semua?
sesungguhnya,semua itu sudah pasti,kenapa masih nak tegakkan benang yang basah?
hakikat seperti,kita dah tahu berdosa,tapi kita masih buat?
hurm..mul tak faham kenapa mentality masyarakat zaman sekarang begini sekali?
dimana kewarasan akal ?
nafsu dijadikan raja segala ketua dalam hati?
menolak segala bisikan kebaikkan didalam hati.
akal dibiarkan di tepi
nafsu bermaharajalela..
p/s : GUGURKAN BABY ITU DOSA BESAR!.muktamad!
" Dan janganlah kamu membunuh anak-anak mu kerana takut kemiskinan.Kami lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu.Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar"
(surah al Isra : 31 )
Sudah terang lagi bersuluh..mul tak nak cakap apa,cuma nak pesan..kepada pasangan yang ada hati nak mengugurkan baby.bertaubatlah sebelum terlambat.
gambar ini menunjukkan baby yang baru berusia 6-7 weeks.Dikeluarkan tanpa kerelaan dan dibuang di saat sedang berusaha untuk hidup.
siapa kita untuk membuang satu nyawa yang ada didalam rahim kita ni? tergamak kah kita?
tak ada hati atau perasaan belas kesian ke buang baby?
orang yang dah lama berkawin dan berharap dikurniakan anak tapi tidak diberi.
tapi,yang kita senang untuk mengandung ni,senang2 je nak buang baby.
bukan senang nak " make " baby.
bila dah dapat,please..jaga baik2..
bila dunia makin nak kiamat..begini lah jadinya.
yang haram jadi halal.
Ya Allah,berikan mereka petunjuk,buka pintu hati mereka Ya Allah.
mul yang belum berkawin ni pun tersentuh tengok baby ni apatah lagi yang sudah berkawin?
tak tersentuh kah kamu?
fikir- fikirkan lah.
Allah itu ada=)
No comments:
Post a Comment