29 March 2013

KETIKA SEMUANYA ADALAH KESILAPAN


" walaupun langkah dan tapak ini kecil

namun tidak pernah harapan itu hilang"




FIRMAN ALLAH YANG S.W.T yang bermaksud :

"  berdoalah kamu kepada-KU, nescaya AKU perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya, orang yang sombong ,takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-KU ,akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." - surah al- Mukmin:60


DI satu sudut dia termenung. Merenungi jauh kedalam diri sendiri. Melihat mengapa hidupnya begitu teruk. Keliru dengan pelbagai persoalan. Namun semuanya tidak punya jawapan.Persoalan itu terus menerus menusuk  fikiran dan kalbunya.

Akhirnya ,dia terdengar satu alunan muzik. Hanya beberapa patah perkataan Bahasa Inggeris sahaja yang difahami. Tetapi yang pasti,antara lirik itu menyebut Insya-ALLAH. Menarik benar lagu itu. Segera dia merenungi keseluruhan lirik sambil membandingkan keadaan dirinya.

Ada kala dirinya seperti tidak mampu lagi meneruskan hidup.Terasa sangat kehilangan. Tapi, tidak dia ketahui entah apa yang hilang sebenarnya. Terus terang ingin sahaja dinyatakan bahawa dirinya begitu kesunyian. Walaupun mampu melihat ,tetapi semua pandangan seperti kelam malam.

Begitu juga kegelapan yang menyelubungi seluruh jiwanya.Diri berasa begitu tidak berdaya.Dia hilang daya melihat jalan mana yang harus dipilih. Mahu ke kanan  atau ke kiri. Depan atau belakang. Tidak mahu ditentukan lagi.

Setiap kali jua, dirinya melakukan satu lagi kesalahan. Pintu taubat yang dilihat seolah-olah sudah tertutup rapat. Tidak janggal untuk dikatakan bahawa ada masa dirasakan sudah terlambat sebenarnya untuk dia mencari jalan taubat. Kali ini daya teramat lemah.

Ada masa juga dirinya menjadi bingung melihat keputusan-keputusan yang dilakukan itu salah.Selalunya, keputusan sebegini menghantui fikirannya. Hati dia kemudian penuh dengan rasa malu dan bersalah.Jalan mana lagi yang perlu dipilih?

Namun dia tetap  cekalkan hati. Usah ada rasa putus asa.Walaupun langkah dan tapak ini kecil , tapi tidak pernah harapan itu hilang.Kerana yakin ,ALLAH S.W.T selalu disisinya. Insya'Allah ..akan dapat dia bertemu jua jalan cahaya.

Begitulah cerita tentang seorang yang pernah kehilangan arah hidup.Walau berkali-kali cuba bangkit,namun selalunya dia tersungkur kembali. Ketika di rasakan diri sudah bersedia kembali kepada ILAHI,setiap kali itulah jua dia terjatuh.

Bukan sekali dua dia melakukan kesilapan dalam memilih. Banyak kali.Cuba disandarkan harapan kepada manusia ,semua mengecewakan. Ditekupnya kedua belah tangan ke muka .Cuba bertanya akan sesuatu ,mengapakah dia selalu tersilap memilih?

Terlalu jahil rasa dirinya .Setiap kali cuba mendekatkan diri dengan TUHAN ,hatinya bagaikan tersedar bahawa selama ini dia terlalu jauh.Entah kemana dia menghilangkan diri selama ini.Hidupnya tidak pernah punya makna apa-apa.

Setiap orang yang ditemui ,dia akan bertanya apakah mereka dapat membantunya mencari jawapan terhadap persoalan demi persoalan? Tetapi ramai yang menolak. Memaksanya mencari sendiri jawapan itu. Hatinya semakin memberontak.Lantas keputusan -keputusan nya terus menemui kesilapan.


Sehinggalah pada hari itu. Al-Quran yang lama tersimpan di atas rak sudah berdebu.Dia membuka helaian demi helaian.Cuba membaca tapi dia sudah tidak tahu. Hanya terjemahannya sahaja yang difahami. Itupun kerana ia Bahasa Melayu.

Matanya tertumpu kepada firman ALLAH S.W.T seperti ayat dinyatakan tadi. Benar,barulah sedar selama ini dia hanya meminta kepada manusia.Tidak kepada ALLAH TAALA. Tahulah dia bahawa DIA sentiasa melihatnya dan sedia mengabulkan doa.Walaupun sedar bahawa diri bukan sealim mana,sekurang-kurangnya dia tahu masih layak bermohon kepada ILAHI.

Kini barulah dia mengerti. Ketenangan dan jalan yang dicari selama ini tidak berada didalam genggaman manusia. Sebenarnya ,dia sedang mencari TUHAN Yang Maha Esa.Memburu  jalan pulang ke pangkuan ILAHI. Segala kekecewaanya kini diluahkan kepada ALLAH S.W.T. Dia tahu ,ketika segala-gala seakan tidak pernah menyebelahinya. Ya Rabb masih ada membuka pintu kepadanya.


* petikan sub topic dari  buku " kita tenggelam dalam NAFSU karya Sofian Resali "

28 March 2013

S.E.C.E.B.I.S H.A.R.A.P.A.N @ N.O.R.A



S.E.C.E.B.I.S  H.A.R.A.P.A.N @ N.O.R.A


tika keheningan aku bagai dibuai

dinginnya malam yang panjang

tika kegelapan sayu unggas berdendang

mengubat hati yang rawan

bagaikan dinginnya malam yang suram

begitulah diriku  diibaratkan


dalam kesamaran ku rempuhi ranjau

biarpun payah ku teruskan

siapa memandang tidakkan ku hirau

biarpun pedih ku tahankan

beri daku sinaran

semoga hatiku cekal.


Akan ku teruskan walau harus di telan

seribu nista ditangan

terbanglah hai unggas bebas di awan

agar  kan tercapai sinar gemerlapan


Tuhan kuinginkan secebis harapan 

hanya padaMU ku serahkan

apakah kan ada ketulusan jiwa

yang menilai ku seadanya


Tuhan ku inginkan secebis harapan

hanya padamu ku serahkan

Tuhan kuinginkan secebis harapan

ku  pasrah padamu Tuhan

Tuhan.


+ lagu ni dinyanyikan oleh nora.

+ gambar di atas itu hanya hiasan semata-mata...ngeh

enjoy this song! ( ^_^)


SOLAT TAHAJUD @ MUHAMMAD SALLEH Ph.D


Allah mengingatkan kita dalam surah at-Takathur,bermegah-megah menyebabkan

kita lalai pada Allah,lalai pada diri sendiri dan akhirnya lalai pada

tujuan hidup.

M.U.H.A.S.A.B.A.H  D.I.R.I

Dalam bermuhasabah,kita perlu mengenangkan pelbagai dosa ataupun kesalahan yang kita lakukan. Dosa apa sahaja,besar ataupun kecil,sengaja atau tidak, yang masih ingat ataupun yang terlupa. Kenang dan menyesali dosa-dosa itu dan bertekad menjadi kekasih Allah.Mungkin ada antara kita yang pernah melayan isteri atau suami dengan kasar. Mungkin ada juga suami yang mengkhianati kesetiaan isteri ataupun sebaliknya.Dengan itu selepas solat tahajud ,mohon maaf daripada pasangan kita.

Kenanglah kesalahan kita pada orang tua.Mungkin ada antara kita yang pernah menyakiti dan mengecewakan hati orang tua.Mungkin ada yang mengucapkan kata-kata kesat kepada orang tua hingga mereka menjadi sedih. Oleh sebab itu,selepas solat tahajud mohon maaf daripada orang tua kita.Cium tangannya ,tangan yang pernah membelai kita ,menyuap kita dan membersihkan kotoran kita.Menangislah dipangkuannya.

Apabila orang tua kita sudah meninggal dunia,pergilah ke kuburnya.Menangislah dan mohonkan keampuanan daripada Allah untuk mereka.Bukankah Nabi Muhammad mengingatkan kita keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan orang tua? begitu juga.kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan orang tua.Masihkah kita ingat pada kisah Alqamah? Beliau adalah sahabat yang rajin beristiqamah dalam beribadah,bertahajud,solat duha,puasa pada hari isnin dan khamis serta rajin bertadarus Quran.Namun beliau pernah mengecewakan hati ibunya sehingga menyebabkan dia tidak mampu mengucapkan kalimah syahadat menjelang ajalnya.

Para sahabat berusaha untuk membimbingnya tetapi lidah Alqamah tetap kelu dan membisu seribu bahasa.Para sahabat hairan apakah dosa Alqamah hingga beliau tidak berupaya mengucapkan kalimah syahadat.

Walaupun nabi sendiri datang dan membimbingnya.lidah Alqamah tetap tidak dapat mengucapkan "La ilaha illallah Muhammadar rasulullah". Lantas nabi bertanya kepada para sahabat sama ada ibu Alqamah masih hidup.Seorang sahabat menjawab " Ibunya masih hidup tetapi tinggal jauh dari sini.Bapanya sudah meninggal dunia.".

Nabi kemudian meminta untuk memanggil ibunya.Selepas ibunya sampai,nabi memohon ibu Alqamah memaafkan dosa-dosa anaknya itu.Namun ibu Alqamah enggan malah dia berkata " Tidak wahai Rasulullah,Alqamah mengecewakan hatiku.Sewaktu dia masih bujang ,dia selalu mengecewakanku.Aku tidak mahu memaafkannya".

Nabi memujuk ibu Alqamah supaya dia mahu untuk memaafkan kesalahan anaknya.Tetapi ibu Alqamah tetap enggan dan memberikan jawapan yang sama.Melihatkan keadaan itu,nabi memerintahkan para sahabat mencari kayu api.Ibu Alqamah pun bertanya ,"Untuk apa kayu api itu wahai Rasulullah?" Nabi Muhammad  menjawab "katyu api itu untuk membakar Alqamah kerana ibu enggan memaafkan kesalahannya.Kasihan Alqamah,lebih baik dia merasakan panas api dunia daripada panas api neraka.Api neraka itu berlipat kali ganda panasnya daripada api dunia". Mendengarkan kata-kata nabi itu,ibu Alqamah terus memaafkan anaknya.Sejurus kemudian,tanpa bantuan sesiapa Alqamah mengucapkan " La ilaha illalallah Muhammadar rasulullah".

Itulah orang yang berjaya iaitu yang mengakhiri hidupnya dan menutup usianya dengan kalimat syahadat. Nabi berkata ." siapa ucapan terakhirnya adalah " Tiada tuhan selain Allah" dia masuk syurga. Oleh sebab itu sewaktu kita mengerjakan solat tahajud,jangan lupa untuk memohon pada Allah supaya kita dapat menutup mata dengan mengucapkan kalimah syahadat.

Mungkin ada diantara kita yang malas beribadat.Jangankan solat tahajud, solat lima waktu sahaja selalu tinggal.Baik kerana sibuk bekerja,mengejar kerjaya,mengumpul harta dan beragam lagi aktiviti dunia yang lain.Oleh sebab itu ,sewaktu solat tahajud,sampaikan pemohonan maaf  dengan sepenuh hati pada Allah.Mintalah supaya Allah memberikan kekuatan dan kemudahan bagi kita melaksanakan ibadah.Bukankah Allah mengingatkan kita dalam surah at-Takathur,bermegah-megah itu menyebabkan kita lalai pada Allah,lalai pada diri sendiri dan akhirnya lalai pada tujuan hidup.

Masihkah kita ingat pada Tsalabah yang miskin hingga dia perlu berganti pakaian dengan isterinya bagi mendirikan solat? Walaupu keadaannya papa kedana,Tsalabah tidak pernah meninggalkan solat jemaah.Namun kerana kemiskinan itu,dia meminta nabi mendoakannya menjadi orang kaya.Nabi mengingatkan nya " Tsalabah, menjadi orang kaya itu berat ujiannya.Kekayaan itu mungkin menyebabkan kamu lalai beribadah ".

Tsalabah berkata " tidak bagiku wahai rasulullah.Justeru aku kelak menambah ibadahku selepas aku menjadi kaya". Nabi Muhammad pun memohon daripada Allah supaya Tsalabah menjadi orang kaya.Allah  mengabulkan doa nabi dan Tsalabah pun  menjadi orang kaya.Bermodalkan seekor kambing,dia berjaya mengembangkan haiwan ternakannya sehingga Gunung  Madinah tertutup oleh kambing- kambingnya.

Apa yang nabi katakan ternyata menjadi kenyataan.Tsalabah  yang rajin beribadah sewaktu dia miskin kini berubah.Pada mulanya,dia meninggalkan solat Jumaat dan solat lima waktu.Apa yang menyedihkan,dia enggan mengeluarkan zakat.Dipendekkan cerita ,Tsalabah mati dalam keadaan murtad.Oleh sebab itu,sewaktu mengerjakan solat tahajud,panjatkan pemohonan pada Allah supaya memberikan rezeki yang halal dan berkat  yang menjadikan kita hamba yang HUSNUL KHATIMAH.

Mungkin ada diantara kita  yang menjadi pemimpin,diberi amanah oleh Allah menjadi orang yang berpangkatTetapi justeru jawatan kita itu menyebabkan orang lain sengsara atau kita memaafkan jawatan demi  mengkayakan diri sendiri hingga mengfitnah dan menzalimi orang lain.Kita manfaatkan jawatan kita bagi memeras keringat anak buah kita .Oleh sebab itu sewaktu kita solat,kenang dan menyesali kesalahan itu.Apabila kita pernah menzalimi dan mengambil hak orang lain dengan sewenang-wenangnya ,kembalikan hak itu kepadanya,tidak usah berlagak atau malu.Mungkin kita pernah mengkhianati orang,jumpalah mereka dan minta maaf.

Pada suatu ketika Nabi Muhammad bertanya kepada para sahabat, " siapakah orang yang muflis?" Seorang sahabat menjawab " orang yang kehilangan harta bendanya kerana bencana alam, kebakaran ataupun banjir". Nabi berkata " bukan,orang yang muflis adalah orang yang datang membawa kebaikkan di akhirat. Sewaktu amalannya ditimbang ,ada orang datang mengadu pada Allah " Ya Allah,aku keberatan si polan itu masuk syurga.Sewaktu di dunia dia pernah mengambil hak aku dengan sewenang-wenangnya ". Kemudian Allah memerintahkan malaikat mengambil pahala si polan itu dan memberikan kepada orang yang mengadu itu.Kemudian ada lagi yang mengadukan hal yang sama .Orang itu berkata " Ya Allah,aku keberatan si polan itu masuk syurga kerana dia pernah menuduhku sedangkan aku tidak pernah untuk melakukan apa yang dia katakan itu. Allah memerintahkan lagi malaikat mengambil pahala daripada si polan dan memberikan kepada orang yang mengadu itu.Seorang demi seorang terus datang kepada Allah dan mengadukan hal- hal seperti itu hingga si polan itu kehabisan pahalanya .Akhirnya oleh sebab tiada lagi pahala yang boleh diberikan.Allah memutuskan untuk mengalihkan dosa pengadu kepada si polan.

Dengan itu, selepas solat tahajud,kenang dan sesali dosa-dosa kita.Orang yang baik adalah orang yang segera insaf dan bertaubat selepas dia melakukan kesalahan dan bergegas melakukan amal soleh.Jadi ,bagi mereka yang terlanjur berbuat dosa,jangan bersikap pesimis .Allah pasti mengampunkan dosa kita kerana Allah maha pengampun.

Mungkin ada diantara kita yang tidak menunaikan hak-hak fakir miskin dan anak yatim.Kita kena memberikan mereka makan sewaktu mereka kelaparan.Kita tidak memberikan mereka pakaian sewaktu mereka kedinginan dan kita tidak meringankan beban mereka sewaktu mereka kesusahan.Dengan itu selepas selesai solat tahajud ,lihatlah sekeliling kita masih ramai fakir miskin dan anak yatim yang memerlukan bantuan kita.Bukankan Allah menegaskan dalam surah al - Ma'un : orang yang membiarkan fakir miskin dan anak yatim adalah orang mendustakan agama.

p/s : nie merupakan sub topik yang ade dalam buku ni..lau nak bace selanjutnya..leh lah cari buku ni..serious..indeed! touching.

selamat membaca ( ^_^)

for the rest of my life.

27 March 2013

KITA TENGGELAM DALAM NAFSU @ SOFIAN RESALI



C.E.R.I.T.A  U.S.T.A.Z  T.E.N.T.A.N.G  S.E.D.E.K.A.H

tiada apa yang diperlukan dalam menderma

cukuplah iman yang meyakini

dan percaya kepada ALLAH.


 " malam ini,saya mahu bercerita mengenai sedekah.Ibu-ibu.bapak-bapak,saya sebenarnya
di ajar bersedekah sejak kecil.Walaupun ketika itu saya tidak tahu apa itu sedekah. Namun,apabila usia menginjak dewasa,semakin saya kenali agama ini semakin saya tahu apa itu sedekah.Saya punya pengalaman mengenai sedekah ini.Waktu kecil saya juga seperti kanak-kanak lain yang mahu memiliki barang permaianan.Jadi saya begitu tertarik dengan sebuah permainan.Harganya kalau mengikut mata wang Malaysia adalah RM 140..ujarnya memulakan perkongsian.

  Menurutnya,apabila diajukan kepada ibu,dia kemudian disuruh untuk menabung.Sedangkan wang saku persekolahannya tidaklah begitu banyak.Jika mahu menabung,dia hanya mampu menyimpan RM1 seminggu.Bermaksud sekiranya mahu membeli juga barang permainan itu,dia perlu menunggu sehingga 140minggu.Satu tempoh yang agak lama.

       Dia tetapkan juga dengan tabungan seperti disaran ibunya.Sehingga minggu yang ke-20,tabungannya telah mencecah RM20.Masih ada lagi 120 minggu untuk membeli barang permainan tersebut.Namun,pada suatu hari ibunya memanggil sambil meminta anaknya membawa wang tabungan.

        " Gunakan wang tabungan kamu itu dan pergi ke pasar.Beli barang-barang dapur.Kemudian lekas-lekas kembali ke rumah" arah si ibu.

          " Bukankah ibu menyuruh saya menabung untuk membeli barang permainan?Kenapa mesti digunakan pula bagi membeli barang dapur?" soal si anak kekeliruan.

           " Buat pengetahuan semua,ibu saya tetap bertegas dengan arahannya.Saya ikuti sahaja kehendaknya.Kemudian saya ke pasar membeli barang-barang seperti yang ibu mahukan walaupun sebenarnya hati sedih sebab saya telah menabung sehingga minggu ke-20" ujar ustaz tersebut.

    " Sebaik pulang ke rumah,dia menyerahkan segala keperluan dapur yang dibeli.Kemudian si ibu menggunakan kesemua barang tersebut untuk dijadikan hidangan makanan.Setelah siap memasak ,ustaz berkenaan disuruh membawa hidangan itu ke sebuah masjid untuk di dermakan kepada jemaah.Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat.

    Si anak menurut sahaja perintah ibunya.Tanpa di sangka-sangka,jemaah turut mendermakan kepadanya dalam bentuk kewangan.Setelah dihitung,jumlah derma itu mencecah RM70.Terkejut betul dia.Lalu dinyatakan kepada ibunya.

         " Ibu menyuruh saya menyimpan duit itu didalam tabung.Sambil itu saya turut disuruh menabung seperti biasa.Sehingga minggu yang ke-20,ibu mengulangi pekara yang sama.Menyuruh membeli barangan dapur dan memasak.Kemudian didermakan kepada jemaah di masjid.Hasilnya saya turut didermakan dalam bentuk kewangan juga sehingga RM70.Lantas apabila dicampur  dengan jumlah yang pertama ,jumlah adalah RM140.Bayangkan daripada sasaran dalam masa 140 minggu,saya berjaya mendapatkan RM140 dalam masa 40minggu sahaja.Barulah saya sedar tentang derma ini" katanya.

          Menurut ustaz itu lagi,dia terpaksa menunda untuk membeli barang permainan yang dimaksudkan kerana perlu menghormati majlis berkhatan yang melibatkan dua orang sepupunya .Namun,ada sesuatu yang terjadi sehingga membuka mata hati ustaz yang mulia itu.

           Bapa saudaranya yang dalam perjalanan menuju ke majlis itu telah singgah disebuah kedai permainan yang amat dihajati bagi dihadiahkan kepada anak saudaranya.Namun si ibu saudara pula sempat berpesan agar tidak membeli dua tetapi tiga kerana teringatkan diri ustaz berkenaan.Ya,bapa saudaranya kemudian menambah sebuah lagi permainan untuk diberikan kepadanya.

           " Mata hati saya mengingatkan pekara itu.Bagaimana sedekah yang dilakukan dengan ikhlas akhirnya diganjari ALLAH. Derma yang saya lakukan sebanyak RM40 diganjariNya dengan wang sebanyak RM140.Lebih lagi,saya aturut diganjari permainan yang diidamkan tanpa mengeluarkan wang satu sen pun.

           " Tuan-tuan,puan-puan,percayalah...ALLAH tidak akan mensia-siakan derma yang kita lakukan.Janji-NYA tidak pernah mungkir.ALLAH akan membalas setiap derma kita dengan ganjaran yang lebih baik lagi berganda.Kadangkala tidak terlintas difikiran kita". katanya.

Benar.Katanya,ketika berada dalam kesempitan,keperluan,kita binggung bagaimana untuk memenuhi tuntutan tersebut.Sehinggakan bagi mereka yang pendek akal sanggup menggunakan cara yang tidak diredhai ALLAH S.W.T. Terlibat dengan rasuah,penipuan kewangan,merompak dan ada yang rela membunuh demi mencari rezeki dengan cara haram.

Sedangkan Islam menganjurkan pelbagai cara untuk menambah rezeki.Menurut ustaz itu lagi,antara kaedah yang di anjurkan Islam adalah..

  • qiamullail
  • menunaikan solat sunat Duha
  • menderma
Hikmah menderma selain diberi balasan yang baik daripada ALLAH S.WT ,ia juga turut membersihkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

"Anda tidak memerlukan apa-apa dalam menderma.Cukup hanya satu pekara sahaja.Iman iaitu yakin dan percaya kepada ALLAH.Tanamkan keyakinan itu bahawa segala-galanya adalah milik Allah dan Dia Yang Maha Berkuasa untuk mengganjari amal soleh.

Andai panjang masa yang diperlukan,bersabarlah.ALLAH mungkin mahu menguji anda pada tahap manakah keimanan anda kepada-NYA. Namun,teruslah percaya dan yakin bahawa ALLAH akan membalas segala derma yang anda lakukan.Mulakanlah hari ini  untuk menderma" pesan ustaz itu lagi.

Berkemungkinan selama ini kita agak sukar untuk menghulurkan secebis derma.Andai dilakukan ,tercebis pula sifat riyak dan menunjuk-nunjuk.Namun hari ini ,marilah kita lakukan semuanya dengan seikhlas hati.Gantunglah harapan berserah kepada-NYA sahaja.Andai tidak dibalas didunia ini,pasti akan diganjari diakhirat kelak.Lakukanlah seikhlas hati.Marilah mendermakan ke jalan Allah.



" Katakanlah ( wahai Muhammad) : " Sesungguhnya TUHAN-ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki di antara hamba-hamba-NYA.DIA juga menyempitkan bagi apa sahaja yang kamu dermakan.Maka ALLAH akan menggantikannya dan DIA lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki"  -surah Saba' : 39


for the rest of my life.

+ nie merupakan salah satu sub topic yang ade dalam buku ni.

mul type entri ni sebab mul suka topik ni..sebab mul makan dalam dengan topik ni.ngeh

.lau korang nak baca topik2 yang lain..beli lah buku ni..mul jamin for sure best! motivated..selamat membaca (^_^)

26 March 2013

C.E.T. C.I.T C.O.T

assalamualaikum dan salam sejahtera.

ok..entry kali ni mul nak citer pasal kawan mul yang memang pecah perut lau berbual dengan dia.

cara kami berbual memang cam ni..kalah PM berucap..sebab masing2 nak berucap..haha


die ni nampak je kecik tapi jiwa die sungguh besar..ok2..mul admit..

mul pun kalah dengan dia..haha..sebab dia sangat tabah cuma tang dia meluahkan perasaan tak puas hati tu..

sape kat sebelah dia...mmg kena tahan telinga n badan lah..

elak dia menggigit je..sebab dia suka gigit..haha


ok..sebenarnya..kami ni dah lama sangat2 tak jumpa..lau dia kat jb leh lah jumpe..

sekarang kat KL..mmg jangan harap nak jumpe lah..

dah lah keje dia tu memanjang outstation je..

sekejap kat KL,kedah,melaka..haish..

longitude pun tak dapat nak pastikan keberadaan beliau..haha

since dia pindah KL akhir bulan 2 hari tu ( x silap mul lah )

kmi lost contact sekejap..

after nak dekat 1u month baru contact..tu pun lepas mul send masej yang mul nak cari keje kosong..haha ( saja nak curi perhatian dia..ngeh

+ text masej.

mul : fara,ade keje kosong tak kat tempat kamu?

fara : knp? nak keje ke?

a few minute later..fara call.

fara : ana!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....

mul : ye fara.

fara : nape nak berenti keje?

mul : ntah lah..tak best lah..nak keje cam kamu..travelling memanjang..haha

fara : keje sini tak best lah..penat..huhu..dah nak dekat sebulan kat sini masih lagi tak bape
          nak faham keadaan kat sini...huhu

at the same time :

fara : ana.

mul : fara.

fara : ana dulu ..ana nak tanye ape?

mul : fara lah dulu..ana cume nak dengar fara cakap je..haha

lau cam ni lah..sampai ke esok pagi pun x berjawab..haha

fara : ana nape nak berenti? doktor tak ok ke?

mul : ntah lah..ana rase kat sini macam gua lah..x best pun..not interesting lah sayang.
          doktor ok lah..tu x yah risau..ngeh

fara : ana,kat mane2 tempat keje pun same je lah..semua tempat ade stress tahu x? 
          fara kat sini pun macam nak bunuh orang tahu x??

mul : memang lah..tapi tak ade hati ni fara...macam mane ni??

fara : ana..kdg2..kat tempat keje..staff ok,tapi enviroment tak ok..doktor tak ok,tapi semua 
          staff ok,tapi bila semua ok..PESAKIT PULAK YANG CEREWET!!..tahu x bertapa 
          stress nye keje nurse ni? ? ( bace dalam nada geram )

( + nasib badan lah dengar fara membebel kat phone..haha..selamat kat phone..lau kat luar..mati la mak nak..haha)

mul : ok2..keje nurse memang stress tahap gaban ni ar..ingat time study je menggila stress
         rupanye time keje gila mati stress!

fara : hahaha..

mul : fara..bila nak jumpe ni? rindunye..

fara : bestnye ana..kita jalan g makan steamboat,tengok wayang,karaoke,bazar karat..
          rindunya!!..

mul : balik lah cepat...bila nak datang jb ni? 

fara : ala..minggu depan umi datang...minggu depan lagi satu fara kena travel jauh.x dapat 
         jumpe kamu.

mul : fara ni..bz je sekarang..nak jumpa pun susah..nak masej lagi lah susah..haish

fara : amboi2..dulu die tu lagi bz..lau nak ajak date..memanjang double shift je kan..
          sekarang fara payback balik! 

mul : ala..tu mase mula2 kenal nursing keje in reality dalam dunia O&G..tu yg kena strungle 
          bagai nak gila tu..ngeh

fara : ala..x de2...fara tak kira,nak payback gak! hahaha

mul : hahaha...ok lah sayang..dah kol 8.30pm ni..nak g bersiap nak masuk keje shift malam

fara : haha..ok sayang..jangan stress2..haha..miss u sayang

mul : miss u a lot fara!..insya'Allah..lain kali kita jumpe ye sayang.

fara : insya'Allah..tc sayang..assalamualaikum

mul : insya'Allah..tc u too..waalaikumusalam.

cam ni lah bila kami berbual..dengan nada geram,gelak sakan bagai nak rak.

ye,kutuk mengutuk itu pasti sebab fara sangat sempoi! hahaha

for the rest of life..

i' m realy miss u siti farahsyafiqah.

u noe me very well n same like me.

datang lah sepuluh orang yang " kerdil " ( hahaha) cam kamu..kamu tetap dalam hati ana.

x kan ada yang berhak amek tempat kamu dalam hati ana.

xoxo..love u..may Allah blessing u..amin.

          

25 March 2013

LANGIT ILAHI @ HILAL ASYRAF


" Lihat sahaja orang yang sering melupakan Allah SWT,tetapi Allah SWT tidak meninggalkan mereka. Mereka masih diberikan udara tanpa dikurangkan sedikit pun.Mereka masih lagi diberi rezeki tanpa pernah putus. Mereka masih disambung nyawa tanpa henti dan masih lagi diberi pelbagai nikmat tanpa berkira"

kerdilnya kita

besarnya Allah.

tetapi kita sering lupa kepada- Nya,sedangkan Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sebentar pun.

CARILAH PERISAI DENGAN SOLAT

Solat ibarat checkpoint untuk kita kembali kepada Allah.Sebelum kita memulakan hari kita,maka kita mengadu kepada Allah pada waktu subuh.Diketika kita sedang bekerja ,maka kita mengadu kepada Allah pada waktu Zuhur.Saat -saat kerja kita hampir habis,kita mengadu kepada Allah pada waktu Asar.Ketika hari beralih kepada malam,maka kita mengadu kepada Allah pada waktu Maghrib.Apabila kita hendak menutup tirai  hari kita,kita mengadu kepada Allah dengan solat isyak.


* islam itu membawa satu kehidupan berteraskan keimanan yang dengannya kita akan mendapat kekuasaan,kekayaan dan pembelaan.

Apabila Allah menjadi tempat bergantung,maka hidup kita akan sentiasa berasa cukup di basahi ketenangan dan disulami kesenangan.

Sebagaimana senang dan tenangnya kehidupan Rasulullah yang amat sederhana,begitulah ketenangan yang akan kita capai sekiranya kita mengambil Islam sebagai tatacara hidup.Kerana Islam menyelesaikan permasalahan hidup kita,bermula dengan pangkal hati kita terlebih dahulu.Bukankah hati kita ialah bejana keimanan? Bukankah ia juga merupakan sumber untuk keimanan kita mengalir ke seluruh pancaindera kita?

for the rest of my life.


V.E.R.S.U.S @ H.L.O.V.A.T.E


CAUSES BEHIND  The increase and Decrease of Eeman karya Shaykh Abdur -Razzaak al- Abbaad yang diterjemahkan oleh Abu Safwan Farid ibn Abdul'wahid Haibatan memenuhi skrin komputer riba. Baris - baris ayat dalam e-Book itu di telitinya satu persatu.Sesekali dahinya berkerut.Sesekala dia membuka window The Noble Al Quran yang berserta pula tafsir al- Quran versi Bahasa Melayu yang di letak di tepi komputer ribanya.Adakalanya dia membuka window Effel's Arabic Dictionary.

8. " Abdur - Rahmaan ibn ' Amr al-Awzaa'ee.may Allaah have mercy upon him, was asked about eemaan : " Does it increase?" He replied," Yes.untill it become like mountains.He was then asked " Does it decrease?" He answered , " Yes, up untill there is nothing left of it."

9. The Imaam of the Ahl as Sunnah Ahmad ibn Hanbal,may Allaah have mercy upon him,was asked as to whether eeman increase and decrease.He  replied: " It increase untill it reaches the highest part of the seventh heaven and it decrease untill it reaches the lowest part of the seventh plane".

He also used to say : " Eemaan is speech and action.It increase and decrease.If you perform good deeds,it increase and if you do wrong,it decrease.

Logik mudah.Hanya manusia sebagai hamba yang selalu leka,tak sedar.Sungguh la iman tu sentiasa turun naik.Sebab tu bukan senang nak jadi baik.Teringat pulak pada perbualannya dengan Hairi suatu ketika dulu.Pasal nak jadi baik ni la.

" Macam mana nak jadi baik?" Dia yang mengajukan soalan.Masa tu mereka tengah sama-sama menunggu kereta api di Central Station.Nak menuju  ke Bankstown Mosque.

Hairi diam seketika. " Untuk jawab soalan itu aku rasa it's best to define " baik " itu dulu.Dia menutup From Beirut to Jurusalem ditangannya.
" Baik itu apa?" Giliran AO pula yang di tanya .

Huh." Baik itu baik lah" Dahi AO berkerut .Nak explain macam mana lagi dah ? Hairi ni pun..

" Bagi aku ,sesiapa yang beriman dengan Allah tu " baik."  Mudah Hairi memberi definisinya.

'Okey..."

"Beriman dengan Allah itu macam mana?" Hairi bertanya lagi. " Kalau ikut kau,kau rasa apa yang kau faham dengan statement tu?"

" Apabila buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Dia larang?" Teragak -agak AO menjawab.Nak berlawan soal jawab dengan Hairi bukan boleh main-main.Hairi ni budak baca kitab,ilmu tinggi.Bukan budak baca majalah bukan -bukan macam dia.

Hairi angguk sambil memasukkan From Beirut to Jurusalem ke dalam backpack. " Betul.Couldn't say it better myself." Pandangan dialih daripada rel kereta api ke arah teman disebelah." Hence,kalau selagi ada benda yang tak settle,tu namanye belum cukup baik lagi tu."

" Vague" AO menuturkan sepatah.Tak faham.Ayat Hairi itu maksudnya luas sangat nak dicerna .

" Kalau seorang perempuan itu pakai tudung tapi tak solat,belum cukup baik lagi."Hairi memberi contoh mudah. " Sama jugak kalau cukup solat tapi tak pakai tudung,tak cukup baik lagi.

" Hmm..."

" Sama juga kalau untuk contoh lelaki.Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut,tak cukup baik lagi. Atau kalau cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati,tu belum cukup baik lagi."

Macam tu...

" Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaaffah.It's in al-Baqarah ayat 208.Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar ,Allah kata " masuk lah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana  dia musuh yang nyata'. Maknanya tak boleh lah nak practice Islam itu secara juz'ie.Secara berjuzuk - juzuk.Mana yang rasa kita nak buat,kita buat.Mana yang kita rasa tak nak buat  kita redah langgar je.Tak jadi lah kalau macam tu.Selagi tak embrace Islam itu penuh,tak cukup baiklah kiranya."

Dah bunyi susah sangat lah pulak nak jadi baik ni.AO menuturkan sendiri dalam hati.

" It's about masuk ke dalam Islam seluruhnya." Hairi menuturkan dengan senyuman segaris. " Then THAT'S it " baik " . Tu kira aku punya definisi yang aku pegang la. Dan kala nak diikutkan ,aku belum cukup baik lagi.Tapi berusaha ke arah itu.Dan kita kena ingat .Allah tengok usaha,bukannya natijah atau hasil".

AO meraup wajah.Matanya terasa pedih terlalu lama menghadap skrin.Dia menggeleng pelahan.Baru baca sampai muka surat 12.Dah nak dekat tengah malam.Dia menjeling jam dimuka telefon bimbit di atas meja.Tafsir Al- Quran di tangan ditutup dan di letak di atas rak buku.Bacaannya ditandakan dan windows yang terbuka ditutupnya satu per satu.Kemudian dia bangun sambil meregangkan tangannya.Masya- Allah...sengal dibuatnya.

Tak apa lah,AO.Berusaha nak jadi baik.Kalau Hairi yang kau rasa macam hebat tu pun jenuh berusaha,kau yang cikai ni ape cerita kalau lepak je?

for the rest of my life.

deep inside.

24 March 2013

S.U.A.M.I A.K.U U.S.T.A.Z



" Cantikkan Gunung Kinabalu?"

Aku mengangguk.Memang cantik.Lebih- lebih  lagi bila ditutupi awan.

" Ciptaan Allah ni sangat cantik.Tak ada sesiapa yang boleh lawan.Bila kita tengok gunung ni,terasa kerdil sangat diri kita," komennya lagi.

Aku sekadar menjadi pendengar setia dengan mata yang masih memandang ke gunung.Rasa macam bermimpi pula sampai ke sini.

" Dalam satu harikan Lisa,berapa kali agaknye Lisa berzikir  mengingati Allah?" soal Abang Hafiz.Menyimpang sedikit dari perbualan asal.

Aku terdiam.Berfikir -fikir sejenak sebelum menjawab. " Lima kali sehari lah kut?"

Abang  Hafis mengangguk perlahan. " Ada masanya susahkan untuk kita ingat Allah selain waktu solat? Itu pun ada masanya tengah solat kita fikirkan benda lain.Betul tak?"

Aku mengangguk setuju.

: Ada satu masa nanti kita akan di uji dengan macam - macam masalah.Sampai ada masa tu,kita nak tidur pun tak lena .Makan pun tak senang.Risau memikirkan masalah kita tu.Tapi kita terlupa ,yang memberi masalah itu adalah Allah.Dan hanya dengan mengingati Dia je,boleh menenangkan hati kita.Bukan manusia yang cakap benda ni tapi Dia.Dia dah beritahu kita dalam " surat cinta " Dia kepada kita.Dia yang memberikan masalah,Dia juga yang menenangkan hati kita sewaktu tak tenteram.Betapa sayangnya Allah dekat kita ".

Aku berdiam diri .Sedikit sebanyak hati aku mengakui kata-kata dia.

" Dan kalau Lisa rasa susah sangat nak berzikir,Lisa tengok ciptaan Allah pun ,sebenarnya dah cukup untuk membuat kita mengingati Allah.Contohnya kita tengok gunung ni.Dalam masa yang sama ,hati kita pun turut memuji-muji kebesaran Dia.Kan setiap yang Allah ciptakan ada tanda - tanda kekuasaan Dia,betul tak?" katanya lalu menoleh ke arah sebelah aku di sebelah.

" Betul ! " jawabku bersemangat.Kata- kata dia meresap terus ke dalam hati aku dan kini ,aku sudah mula melihat dunia daripada sudut yang berbeza! Subhanallah!.

p/s : 

" dua nikmat yang kita tak akan rasa kalau Rasulullah s.a.w tak ada.."

Aku menoleh ke arah Abang Hafiz yang tiba-tiba bersuara.Dua nikmat?

Abang Hafiz tersenyum. " Nikmat iman dan nikmat Islam ", sambungnya.


for the rest of my life.
deep inside..touch.

17 March 2013

PLANNING FOR PREGNANT

assalamualaikum dan salam sejahtera :D

entry kali ni bukan pasal makan atau pasal jenjalan tapi pasal..

"WE WANT TO BE PARENTS" ..senang citer..planning to get pregnancy.




well..kebanyakkan kawan2 mul dah berkawin but..the problem is..difficulty to conceive.

lau dah susah tuk conceive that's mean susah gak lah nak dapat anak right?

lau korang dah berkawin 1 year -2 year..its ok lagi..lau tak dapat baby..

leh fikir positive..myb belum rezeki, n myb tak sedia lagi, n myb sibuk..and myb,myb ,myb..

tapi,,korang try fikir balik..

sebelum kita tawakal kita kena berusaha right?

so,bagi mul..selagi umur korang masih muda its better..dapat anak cepat2..

usia kita semua ni makin tua bukan makin muda..ngeh..haha

tak kan lah korang nak ade anak mase umur 40 tahun kot? pas tu umur 50 tahun 

korang kena hantar anak g sekolah? patutnye time2 cenggitu korang rehat melihat

anak2 membesar bersama keluarganya dan of course tengah bermain dengan cucu kan?

hoho..imagine back..huhu

bagi mul lau lelaki its should be not be a problem sebab sperm dieorang hidup je even 

though umur dieorang 70 tahun pun but  WANITA-WANITA sekalian..

korang jangan lupa yang korang akan ade satu stage MENOPAUSE..

umur 40 tahun merupakan umur diambang2 PREMENOPAUSE..

time tu peluang untuk mendapatkan anak memang sangat2 tipis dan lau nak pregnant time

tu pun korang kena tahu risiko 50-50..myb anak itu akan menjadi down syndrome,

hyperactive and lain2 keadaan yang sama waktu dengannye..and..

korang kena tahu..time tu korang pun berisiko untuk mendapat pendarahan yang teruk.

so..fikir2 kan lah ye..

memandangkan mul ni muliana ( ngeh..amek kredit name jap)..so,mul nak share lah 

sikit2 pasal planning to get pregnancy secara manual..lau korang nak advance lagi

pun boleh..g follow up kat specialist obstetric.. ( pakar perbidanan ). (^_^)






T.I.P F.O.R  P.R.E.P.A.R.I.N.G  F.O.R. P.R.E.G.N.A.N.C.Y

1 ) KURANGKAN STRESS.

well..mul faham perasaan korang..sape yang tak nak ade baby kan? lagi2 yang baru 

berkawin..for sure matlamat nak baby tapi korang dah cuba and cuba tetap tak 

dapat jugak..sape yang tak stress? lau mul pun stress.

ok..stress akan menyebabkan hormon didalam badan kita turut tergangu..pernah tak 

korang bz giler and stress sangat sepanjang bulan tu..and see your menstrual cycle..

tergangu tak? of course tergangu kan? 

so,my advise is..lau korang dah planning nak pregnant..its better korang kurangkan 

stress tuk hormon dalam badan tu stabil.



pape pun masalah..smile..korang nak anak kan? so kena lah berkorban emosi..ngeh!


2 ) KEEPS A NOTE MENSTRUAL CYCLE.





ni untuk korang yang ade regular period.( setiap bulan korang punye menstrual cycle tetap)

lau yang tak irregular period tu korang bincang dengan doktor k..hehe

based on the calendar..

4 hb tu merupakan last menstrual period korang ( hari pertama last period )..

period akan datang around 4 - 6 days right?

lau korang ade menstrual cycle 28days so senang korang nak 

kira ovulation ( kesuburan )..ovulation akan berlaku  di mid cycle dalam 28 days.

.that's mean within in 14days..korang leh kira2 nak " makin baby" hehe

tengok calendar atas tu..13,14,15,16,17 adalah tarikh2 korang punye mase kesuburan.

so,best time for " baby making " sex is just before ovulation..around 14days mid cycle.

( if regular cycle)

so,chayok2..! selamat berkira2..hehe..


senang citer..pe yang mul terang tadi..try tengok gambar ni..kot2 korang makin faham..hehe


3 ) TANDA - TANDA KESUBURAN. ( FERTILITY SIGN )

  fertility sign ni akan muncul 2-3days je dalam sebulan..lepas tu dia hilang..and kena

tunggu lah the next month lagi..hehe

ramai orang tak tahu..sebenarnye...nie masa yang sesuai untuk " making baby"..

sebab..bila korang subur,time ni lah sperm senang bersenyawa dengan ovum..x de lah

sperm nak mati kat tengah jalan sebab cervical fluid tu acid sangat kan..huhu



nie lah tandanye..cervical fluid ni akan ade 2-3 hari je..lau korang tak buat sexual 

intercourse time ni,korang dah rugi " golden time lah" hehe..

cecair ni like jelly..ade satu cecair yang seperti keputihan pekat itu merupakan

end of the ovulation time. tu bermakna tiada lagi telur ( ovum ) yang dihasilkan.

so,korang kena tunggu the next cycle..huhu


4 ) REPRODUCTIVE HEALTH.

part ni penting..lau korang nak pregnant..segala aktivity kena take note.

mul bagi point je k.

- stop alcohol

- stop smoking and avoid smoky enviroment.

- should be check rubella immunity before become pregnant

- taking folid acid.

mul ade tanye sorang dietician tuk ibu mengandung..

mul : susu ape yang bagus untuk planning to get pregnant?

dietician : anmum materna..sebab dalam tu banyak folid acid..and segala nutrient cukup

tuk supply kat body.

so,mul sarankan korang minum susu ni..for sure sedap..hehe

ade tiga perisa..vanilla,coklat,mango..pilih lah..hehe..ikut tekak masing2..ngeh.



minum 2 gelas sehari ye kawan2..hehe..

pagi dan malam..hehe



smoking can damage women fertility but it may affect the release of an egg before

fertilization ( persenyawaan ) on the quality of the egg ( ovum ).

so..kepada husband2 yang merokok..lau korang nak merokok pun..

please stay away dari wife korang..sekian..

kerjasama anda amat dihargai..ngeh..





1+ 1 = 3

selamat mencuba!

chayok2..may Allah blessing .

amin..insya'Allah.


take note :

 - bagi yang sudah berkawin melebihi 3 tahun..its better wat full check up kat pakar 

perbidanan..tapi kena berbincang leklok dengan husband k.

- entry ni hanya perancangan manual saje..so,sape yang baru bernikah tu leh lah 

mencuba tips2 nie.

lau ade pape masalah..sila lah korang berjumpa dengan doktor perbidanan ye.

mul hanya shared ape yang mul belajar kat sepital perbidanan ni saje.

for the rest of my life.

selamat mencuba dan semoga dikurniakan anak yang soleh dan soleha..amin.