30 January 2013

BEING A NURSE

" sebaik- baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain"
                                                                                                         ( Hadith Riwayat Bukhari)


assalamualaikum dan salam sejahtera.

semoga hari ni semua ceria2 selalu.

ada masalah senyum..hoho..

erm..why i m choose nurse as a my profession? ( eceh ceh,ayat ala2 wartawan..haha)

honestly n frankly speaking..mul tak de hati pun nak jadi nurse.

sebab mul nak jadi lawyer sivil.tapi..mendapat tentangan dari semua ahli family.

so,terbantut..

memang frustated lah jgk.

makan setahun nak pulih..huhu.

tmpt study pun abg mul yang carikan.

erm..mak mul pujuk.." mak nak salah seorang dari anak2 mak ni,jadi nurse dan yana adalah calon nye."

bapak mul lak, " yana tak sesuai jadi peguam,hati yana tu tak kuat..tak pandai tipu."

dengan hati yang kelam -kelam hitam dan kecewa ni pun,mul tetap bawa diri gak.

semester pertama kat kolej...

memang stress!.

ye lah satu bidang yang kita tak suka..di paksa..tak ada hati..sape yang tak stress kan?

tapi..during my practical..

ada satu pesakit ni say.."terima kasih adik.hati adik semulia name adik."

mul tak tolong pe pun,mul cuma tolong dia bangun je.tpi di hargai sebegitu.

touching beb..terasa nak menangis..haha

from that incident..mul pun,open my heart,terima takdir dengan redha n wish..i want be a tough nurse one day! insya'Allah.

dalam dunia nurse ni,bukan lah semua indah dan bukan lah semua sakit..

sebab..HATI..its comes from heart..truely heart.

we care human not patung barbie doll! haha..

kat sini mul ade some quates yang mul jumpa masa mul fall in love dengan nursing..hoho


hayati k.


you will never be bored

you will always be frustated

you will be surrounded by challengers

you will carry immune responsibility

and litle authority

you will step into people's lives and

you WILL MAKE A DIFFERENCE!

some will bless you

some will curse you

you will see people at their worst and the best

you never cease to be amazed at people's capacity for

LOVE , COURAGE , ENDURANCE

you will see life begin and end

you will experience resounding triumphs

and devastating failures

YOU WILL CRY A LOT

YOU WILL LAUGH A LOT

you will have the most rewarding job in the world.

hakikat..

pain still pain.

sometimes,bila berhadapan dengan pesakit yang " mental judgement n unstable mental" 

rasa macam nak gantung je uniform nurse ni.

tak kuat..geram..sakit hati.

tapi..kesian kat pesakit yang memerlukan.

tak kan kerana hanya seorang pesakit yang ade mental tu,mul nak gantung uniform?

tak berbaloi.

3 tahun study bagai nak rak.

from sastera class g medical subject

ingat senang ke?

tak ada basic science, tiba2 masuk belajar science..

tak ke haru biru punya hidup tu.

mul korban semua masa enjoy mul

mul korban semua masa remaja mul

just because..

BEING A NICE NURSE.

deep breathing..starting from now..tak akan ada yang boleh mematahkan semangat mul nak jadi nurse.

tolong orang biar ikhlas.

bukan kerana balasan atau wang ringgit.

i m not work for money.

even u datang kat mul without any payment..mul ok je.ngeh ngeh..hehe

last one..mul ade jumpa gambar2 animation yang mul suka.hehe

enjoy!






rindu dengan smile macam ni.

semua penat hilang

semua stress hilang.

kuasa senyum! haha


 rindu perasaan ni bila kat operation theatre..

sebab,kita nak bedah manusia

bukan ikan.haha
 semangat berkobar2 bila tengok picture ni.

he he he 


berharap sangat..one day,mul dapat memberikan khidmat kepada mangsa peperangan macam Rafaidah binti Sa'ad al Aslami.seorang tokoh jururawat muslim.=)

insya'Allah.

for the rest of my life.ameen.


29 January 2013

P.U.T.I.H - P.U.T.I.H M.E.L.A.T.I

assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah..

hari tetap hari,masa tetap berlalu

hanya melangkah hingga penghujung.

ok,mul nak share lagu yang agak best.

even pendek tapi comel & sweet..haha

PUTIH-PUTIH MELATI ST12

siapa bilang aku seperti dia

siapa bilang aku cintai dia

sesungguhnya aku tak benar- benar cinta

kerna kau tak seputih melati

kalau ada hitam,pasti ada putih

jika hatimu kelam tak mungkin bersih

tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih

putih - putih melati

merah- merah delima

siapa yang baik hati 

pasti ku terima.


sebenarnya,kawan mul yang suruh dengar lagu ni.

so,mul pun dengar lah.

simple + sweet = comel! haha..

p/s : lagu ni mmg happening..n disebalik lirik ade story eh? haha

ok,aku doakan kau dapat pasangan yang kau idamkan..yakin kau akan dapat..jgn putus asa dude!

may Allah blessing u.

take  a rest n continue walk. haha


jalani hidup ni dengan senyum dan hati seputih melati.=)

28 January 2013

H.I.P.O.K.R.I.T. THE K.O.N.K.R.I.T

assalammualaikum dan salam sejahtera.hehe

semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi kehidupan sepanjang hari ini.

ameen.

ok..based on title kat atas.hoho

mul saje je nak bagi tajuk macam tu sebab memang kenyataan.haha

kadang kala hati membisik untuk kita melangkah.

meninggalkan apa yang membuatkan kita sakit

tapi,keadaan yang membuatkan kita bertahan

family, orang di sekeliling,semangat dan kekuatan  kawan kita menghadapi.

membuatkan langkah mati dan terus berada di tempat kita berdiri

bukan takut untuk melangkah

tapi,

apakah kesan after kita melangkah..

semakin baik? atau semakin buruk?

masa depan itu tidak boleh di jangkakan.

pelbagai dugaan yang perlu di hadapi.

bersedia kah mental?

fizikal?

semuanya menjadi satu pabila setiap soalan cuba di rungkaikan.

dan akhirnya..diam seribu kata.

ikuti conversation mul dengan staff disini :


situation ni ketika duduk di tepi tembok di pasar karat johor bahru :

mul : mul nak berenti keje lah.( burger dikeluarkan dari plastik )

diam..

kak cheng : akk pun sama.tapi..doktor sayang ana..dia nak hantar ana g belajar..midwifes license 
                   tu..bukan senang nak dapat.nak amek byself pun kena melabur standard degree.
                   mahal tu.. ( sambil makan oblong )

mul : doktor tu saje lah kak..disaat kaki nak melangkah dia nak ikat kontrak. ( lemon ais melepasi 
        esophagus )

kak cheng : sanggup ke nak berenti lepaskan ni semua? ( satu suapan oblong di mulut)

mul : sanggup je tapi..kita kena cari keje lain.tak kan nak ngangur tanam anggur kot? haha
         ( terasa perit membuat pilihan sebenarnya)

suasana diam..hanya manusia saja bergerak dihadapan kami tapi,jiwa kami melayang ntah ke mana.

kak cheng : tinggal kat johor ni je lah yang akk boleh harap.kat sini akk ade abg yang boleh 
                   bergantung.lau kat KL,memang akak tak sape pun.

erm..masing2 masih menikmati makanan di mulut.

mul : same dengan saya lah kak.saya pun tak de sape2 kat KL..tapi tawaran keje..saya banyak 
         dapat kat area KL.semuanya tolak. ( satu suapan ayam uncle bob dikunyah )

kak cheng : kenape?

mul : sebab ana tak de sape2 kat sane.diri sendiri..family tak bagi..( sambil menghirup udara malam)

kak cheng : same dengan lah kita ni ye? haha..

diam..diam..dan diam..

mul : sampai bila kita nak menjadi orang yang tiada hati dan perasaan ni?
        ( memandang muka kak  cheng dengan penuh pengharapan )

kak cheng : sampai kita cukup setahun kat sini.

mul : lama lagi tu kak..sakit tu kat sini cm ner? ( tgn di dada )

kak cheng : sabar..nak buat macam mana,takdir kat sini.sape yang sanggup tahan ni semua?

diam..makanan semakin habis di rakus dengan esophagus..dan kini menanti untuk diisi dengan minuman.

mul : orang gila pun belum tentu lagi nak tahan.( sambil buat muka troll)

kak cheng : tahu tak pe.kita buat je lah hati kita ni kuat dan konkrit.

mul : pinjam sekejap hati tu,kadang2 tak kuat kak.

kak cheng : ana kuat..selalu je senyum.time2 orang nak marah,muka die senyum je.
                   ( kening double jerk di angkat )

mul : haha..senyum tu terapi kak..senyum dalam kesakitan.
        ( sambil memerhati seorang lelaki yg sedang meliar matanye memandang seorang perempuan
          seksi dihadapannye..atas sampai bawah)

kak cheng : haha..tahu pun..so,tahan lah..kita kan memang orang tak de perasaan? kan? haha

mul : haha..bukan tak ade perasaan tapi H.I.P.O.K.R.I.T! ..haha
         ( masih memerhati..benarlah hadis yg menyatakan perempuan itu perlu menutup aurat
           dengan sempurna sebab kita tidak tahu pandangan lelaki kepada kita)

kak cheng ; haha..hipokrit the konkrit..haha

mul : haha..

tiba2..kami memandang antara satu sama lain dan senyuman pelik dibibir beserta kedutan didahi terhias.

kak cheng : nampak pe yang akak sedang lihat tak?

mul : akak pun tengok pe yang saya sedang perhati dari tadi ke? ( muka pelik)

kak cheng : ana pun perhati gak ke? ( wajah di paling ke sisi melihat muka mul )

mul : haha..ye lah..nak cakap pe kat perempuan tu? salah lelaki ke perempuan?

kak cheng : salah perempuan..sape suruh pakai baju seksi maut macam tu.kang dah kena tngok
                    cm tue..haha

mul : haha..akk berani  pakai baju seksi macam tu tak?

kak cheng : akk memang tak pakai..malu..seksi tu ana..lelaki ni miang.

mul : haha..tahu pun..sebab tu saya tutup semua..menjaga diri kak cheng.( muka senyum )

kak cheng : haha..betul2..jom..

langkah di buka..setapak demi setapak melewati gerai2 di pasar karat sambil melayan perasaan sendiri.


ni lah rutin harian kami.

andai hati semakin tidak dapat dibedung tuk menahan segala "ragging  hati "disini

pasar karat menjadi tumpuan.

bukan nak membeli barangan pun

tapi hanya melangkah dan terus melangkah.

melupakan setiap peristiwa yang terjadi.

menikmati malam di tengah2 kota yang sibuk.

melayan jiwa

menenangkan hati yang saban hari terluka 

dan di jahit kembali.

segalanya perit untuk ditelan.

p/s : berjalan lah terus menerus jangan berenti hingga lelah..jangan pernah berputus asa di tengah jalan..sebab kemungkinan di hadapan itu ada yang sedang menanti.

take a rest.

enough.

deep breathing.

exhale everything.

remember..Allah by ourside.

ameen..insya'Allah.





24 January 2013

S.A.L.A.M M.A.U.L.I.D.U.R. R.A.S.U.L

24 Januari  2013
12 R'Awal 1434 H

hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

salam maulidur rasul kepada semua umat islam.

sebenarnya..di saat ini,di kala ini,hati ni terdetik dan bermonolog bersendirian.

andai mul cuti,memang mul akan ikut perarakkan dan selawat di masjid yang berhampiran tapi apakan daya..tanggungjawab kerja kan.

so,dikala pagi yang suram..mul pun berselawat dibilik hostel dan menghayati hari kelahiran Nabi Muhammad ni dengan hati yang celik.

Ok,honestly,dulu hati tak celik sebab 

well..zaman kejahilan mana nak amek port semua ni.

apa yang berlaku disekeliling hanya pandang sekali imbas saja.saja je tak nak amek port sebab tak terasa pun penting tapi hakikatnya..

ia nya penting.

zaman kejahilan yang hati penuh dengan kehitaman 

tak ada rasa keinsafan pun bila buat dosa makin tak terasa bersalah adalah.

sekali,Allah ketuk pintu hati ni baru nak menyesal.

because of what,hati dah mati dan sinar nur itu tak ada.

mana nak ada lau tak dicari?

Hidayah itu perlu dicari bukan di nantikan.

hakikatnya,semua manusia tahu apa yang dibuat itu betul atau tidak tapi memandangkan akal dah ikut nafsu..begini lah jadinya..ke laut jahanam.

sungguh! pain still feel and then terasa sangat2 diri ini di belenggu kegelapan dan kejahilan.

seriously,lau korang nak tanya mul pasal medical & surgical subject, how to treat patient, treatment for patient and emergency respon for patient mul boleh je recite satu-satu macam makan nasi ayam.

tapi..

bila ditanya tentang sejarah Nabi Muhammad s.a.w terasa tiba2 ada satu batu besar yang hempap kepala otak mul ni sampai tak boleh memikir sebab..

mul tak tahu.

Ya Allah..jahilnya hidup mul.
tiba2 kelamnya dunia ini terasa even sekarang mul ada di depan tingkap hostel yang sedang menghadap matahari yang terik.

kegelapan didalam terangnya matahari

seriously,deep inside..terasa macam something di tikam kat hati ni.

turn to Allah before u return to Allah.

ya! this is strong words make me change my lifestyle from zero to one.

and i hope,please guide me.

honest from my heart, i m feel something that i can't describe by a words

Only me and Allah knows..

this song make me strong to change my life.

The Chosen One by Maher Zain

in a time of darkness and greed
it is your light that we need
you came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasul Allah

You were so caring and kind
your soul was full of light
you are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu'ala Rasullillah,Habibil Mustafa
peace be upon The Mesengger
The Chosen One

From luxury you turned away
and all night you would pray
truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah.

Your face was brighter than the sun
your beauty equaled by none
you are Allah chosen one.
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu'ala Rasullillah,Habibil Mustafa
peace be upon The Mesengger
The Chosen One


I will try to follow your way 

and  do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
on that day and see you smile
when you see me

Sallu'ala Rasullillah,Habibil Mustafa
peace be upon The Mesengger
The Chosen One

Sallu'ala Rasullillah,Habibil Mustafa
peace be upon The Mesengger
The Chosen One

deep meaning lagu ni

bukan sekadar lagu dari maher zain tapi.

dia try tuk sampaikan something through this beautiful song

from Nabi Muhammad s.a.w.kita kenal pencipta kita iaitu Allah,

Nabi mengaku kita umat

sanggup berkorban untuk kita

tapi kita?

buat tak endah je

bila nafsu menjadi raja

dan akal yang waras menjadi pak turut

Halal menjadi haram

dan haram menjadi halal

dalam kegelapan mencari sinar

terasa diri ini nothing at all

semuanya useless

mul berharap,mul tak terlambat to u turn back the straight way.

insya'Allah.

p/s : ainaa,we was bring up together and finally we "found" something even we are so far..

kamu di timur dan ana di selatan

remember this, i love u be my best friends

wake up me when i m try to be confident in this world

and try to hold me when i m down

now..we walk together

love u because of Allah.

sekarang bukan masa untuk bermain

tapi masa untuk mengenal diri

mencari hakikat hidup yang telah lama ditinggalkan

hidup bukan untuk mati

tapi

mati untuk hidup

u noe my means rite?

may Allah blessing u.

salam maulidur rasul :)








NURSE & PATIENT =D

Assalammualaikum & salam penhujung malam..

( maaf lah..malam je sempat nak update blog..hoho)

ok,back the main title..haha..

well,kerja nurse ni memang kesabaran kena tinggi..andai dapat pesakit yang memahami it's ok..tapi lau dapat pesakit yang menguji kesabaran..tak ke haru ke biru hidup sepanjang shift? haha

actually,hari ni mul OFF DAY tau..tetapi,ada sorang staff ni tak boleh datang keje,so mul kena cover keje dia..nasib badan..baru nak planning buat research..tapi,dah kena keje..

tak pe,sabar ana..bak kata kawan mul..haha

shift petang mul ada 2 pesakit, 2 baby dan 1 kes antenatal..jadi,tugasan mul hari ni kena jaga nursery ( di mana baby di letakkan ).  
( baby yang tersangat2 comel dan sangat kuat semangat sebab dapat survive untuk hidup within in 3 days..Alhamdulillah.)

bermula lah kerja mul..

jam 2 petang mengikut jam dinding hospital :

pass report shift pagi ke shift petang..

staff morning : ana,baby ok lah..semua dah minum susu..semua boleh discharge hari ni.
                         baby bed B3A tu kuat minum,tak ada muntah. 

ana : ok kak..( sambil cek keadaan baby dan menulis note ringkas )

staff morning : ana,baby bed B3 tu hourly obeservation dah off...baby stabil, amount susu dah 
                         up to 30ml n mak dia request susu dumex.dia tak ada muntah.cuma suck slow.

ana : ok kak..( sambil membetulkan bedung baby B3).

communication antara pertukaran shift itu penting sebab hospital ni bukak 24 hours n ada 3 shift yang berlainan staff.

pass report done.
condition baby ok.
semua dah minum susu.

so,i'm freedom!.haha.. (freedom jap je sebab ada kes antenatal) hahaha

* antenatal = pesakit yang admit untuk bersalin normal.

suddenly happen..muka husband yang panic.

husband : nurse,wife saya rasa sakit dekat perut.

mul : ok sir..kita bawak wife sir masuk labour room..kita nak cek jantung baby dan contraction wife sir.

husband : ok nurse.

wife : nurse,saya dah rasa sakit..mengikut experience u,bila i boleh beranak?

mul : condition u nie normal.u baru bukak 3 cm..so,u kena tunggu 7 cm untuk baby keluar.

wife : apa nurse? 7cm? tapi sakit nurse.( dengan muka tahan sakit)

mul : u choose untuk bersalin normal.so,this is normal reaction.sekarang u akan rasa sakit 5
        minit sekali tapi bila pintu rahim u dah bukak 7 -8 cm,u akan rasa sakit 3 kali dalam 
        seminit and the best part is,sakit itu akan menjadi frequent.u must be strong for your cute 
       baby boy inside your tummy. ( sambil mengusap perut pesakit dan berkata,baby..u must  
        listen what your mom said..pls,pity her..she love u so much.)

wife : harap dia cepat keluar.( sambil menarik nafas dalam )

mul : hope so..lau tak ada pape,malam ni dia akan keluar. ( sambil senyum dan pegang 
         tangan pesakit )

tamat kisah tuk pesakit antenatal.

dan bermula pula pesakit post natal 

*post natal : after bersalin*

pesakit : nurse,boleh U buatkan I milo panas dan roti?

mul : boleh..jap lagi saya bawak kan ya.

pesakit : ok nurse.

a few minute a go.

mul :ok..this one your hot milo and bread.so,anything else u want? (sambil buat muka senyum)

patient : tq nurse..senyuman u manis.semua pesakit suka u.

mul : ha? mana ada..saya biasa  saja..malu lah u cakap i macam tu. ( sambil tutup muka guna 
        dulang,hahaha)

patient : Eh, i tak tipu tau..ni betul2 saya puji.saya suka tengok u senyum.

mul : hehe..terima kasih.

patient : sama2 nurse..nurse,anak i dah minum susu? dia minum banyak tak?

mul : anak u dah stabil.dia minum pun habis 30ml cuma u kena sabar lau u nak bagi dia minum    
         sebab  anak u punya style minum..
        - u kena " burp" kan dia sebelum bagi minum
        - u kena sentiasa burp dia diantara waktu minum susu
        - dia suka main2 puting bottle baru dia minum.
        so,u kena sabar lah..hehe

patient : ha? u sudah tahu meh style anak i minum?

mul : ye lorh..tadi saya bagi anak u minum..dia main2..hehe

patient : u sangat bagus dan professional.u nurse yang bagus.

mul : hehe..terima kasih..saya cuma nak mudahkan u jaga baby u nanti. ( senyum lagi,sebab
        dah malu bila kena puji terang tang tang cam tu ) haha

patient : terima kasih ya nurse.

mul : sama2.anything else,please press your bell.=)

bidang perbidanan ni sebenarnya tak bosan lau kita ada hati dan minat keje ni.

bukan senang nak bergelumang dengan bau air ketumban , darah, n another smell..seriuosly..bau wad bersalin mmg berbeza dengan wad lain..hoho

lau tak kuat semangat,memey pengsan! haha 

(tiba2 teringat kenangan hampir pengsan menghadap darah yang banyak ) haha malu!

antara pesakit dan nurse tu perlu hubungan yang baik.

dapat pahala dan dapat ketenangan yang tak tau nak cakap pe.

berkerja sebaik mungkin bukan sebab nak dapat pujian

tapi sebab itu memang tanggungjawab kita sebagai hambaNya untuk menolong orang yang sedang susah.

jika kita buat kerja kerana Allah,hati akan tenang.

alang2 berkecimpung dalam bidang ni,baik wat saham akhirat sekali kan..hehe

the moral of story :

1 : berbudi bahasa lah dengan sesiapa pun. jaga hubungan kita sesama manusia agar di berkati oleh Allah.

2 : senyum lah walau apa pun berlaku.

honestly..mul pernah di maki, di marah , di terajang, di pukul dengan pesakit..hal ni semua sebab pesakit mul tu jenis orang yang tak tahan sakit..the end nya,mul yang kena jaga dan mul juga kena tanggung semua ni.

even nama naik kat meeting board,mul tetap mul.

mul tak kan marah sebab mul faham pesakit mul sakit.

wat pe marah orang sakit sebab tak mendatangkan hasil pun kan.

so.

S.A..B.A.R + S.E.N.Y.U.M = B.A.H.A.G.I.A

ni lah jalan mul pilih..jadi mul kena tanggung semua.

PATIENT ALWAYS NUMBER ONE.

I love being a nurse because i want to take care of them who needs me more than  family.
i'm always by your side either u want angry or smile to me..i m just do my best treatment on u because i want u happy and achieve the best ending in your life.

may Allah blessing..ameen.

this equipment tuk dengar heartbeat n lung sounds.
i love my patient because of Allah.

Allah bagi mul  peluang untuk membantu sesiapa yang memerlukan.Alhamdulillah.

something to say : 

"no language can express the power and beauty and heroism of a mother love "
- Edwin H. Chapin- 

                         




22 January 2013

CONVERSATION MERANCANG KEHAMILAN

Assalamualaikum dan selamat pagi..

ok,hari ni mul keje  shift petang,so pagi ni mul nak tulis entri pasal family planning.


Al maklumlah,mul ni keje bahagian orang bersalin dan secara tidak lansung mul berkait rapat dengan orang yang sudah berkawin.Untuk pasangan yang baru melahirkan anak mesti terfikir2 bagaimana nak menjarakkan kehamilan kan?

and then mesti ada pelbagai soalan yang berselirat.

antara soalan glamour ( ala 2 artist gitu.haha)

  1. apa hukumnya merancang kehamilan?
  2. apa kaedah yang terbaik?
  3. mendatangkan kemudharatan tak?
Alang2 mul dah terlibat baik mul berikan penjelasan ya.Memang mul tak berkawin and tak ada suami lagi.tapi hakikatnya.

sebelum mul berkeluarga mul sudah sedia tahu tentang hal ini.Alhamdulillah.

penulis buku motivasi bercorak islamic pernah berkata di dalam satu buku motivasi beliau.
( Langit Ilahi,Tuhan Tidak Lupakan Kita )

       Hanya orang yang bergerak untuk mengenali Allah sahaja yang Allah akan berikannya kefahaman.Hanya yang mengenali Allah sahajalah yang akan takut berbuat dosa.Hanya orang yang mengenali Allah sahajalah,hidupnya akan bahagia.

berdasarkan ayat di atas,mul nak kaitkan satu soalan ni daripada salah seorang akak yang sudah berkawin.

ikuti conversation mul dan dia :

mul : saya tak habis fikir kenapa orang yang sudah berkawin ni masih lagi mahu buang baby
        ( gugurkan baby) .bukan ke dia dah ada suami ke? kenapa mesti nak gugurkan?
         dengan alasan apa? kan masih banyak lagi kaedah untuk merancang kehamilan?
         ( satu suapan bihun goreng masuk ke mulut  mul)

akak  dia tu ada masalah,tu yang dia tak nak baby.tak pe lah..urusan dia dengann Allah.
          kita    cuma  tolong je settle kan masalah dia.
            ( sambil minum teh o ais )

mul : saya masih tak boleh fikir positive kak.bukan ke ada kaedah lain tuk menjarakkan
        kehamilan? contohnya,mengambil pil perancang.
         ( sambil makan bihun sambil memikir logik akal melalui hukum Allah )

akak : bukan ke mengambil pil perancang itu haram? 
          
mul : ok kak..mul ada baca satu article ni pasal merancang kehamilan.
         semua para ulamak dah bincangkan hal ini dan mereka sepakat untuk mengeluarkan 
        3 resolusi untuk merancang kehamilan.
  1. Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang2 umum yang mengehadkan kebebasan pasangan untuk mempunyai ramai anak.
  2. Adalah dilarang untuk " secara kekal " menghentikan keupayaan lelaki dan wanita untuk menghasilkan zuriat seperti hystrectomy ( pembuangan rahim ) atau vasectomy ( pembuangan testis ) selagi mana tiada keadaan yang memerlukan kerangka syariat Islam.
  3. Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhkannya kepada waktu tertentu jika terdapat keperluan syariat dengan mendapat pandangan ,nasihat dan persetujuan bersama antara pasangan.Walaubagaimanapun,ia mestilah dilakukan tanpa membawa kemudaratan dengan kaedah yang dilulus syarak dan tanpa melakukan apa-apa yang merencatkan kehamilan semasa yang wujud.
Akak : ok.akak nak tanya kau,
          
          Kita tak tahu bila Allah nak bagi rezeki ( anak ) dekat kita.Andai kata kita makan pil perancang,n then masa tu Allah nak bagi kita rezeki ( anak ) tu tapi kita makan pil perancang dan bukan kah kita sedang menolak rezeki Allah? berdosa kan? 

* ISLAM ITU MUDAH ANDAI KITA FAHAM MELALUI HUKUM ALLAH *

Mul : 

" Kami tidak meminta daripada kamu rezeki,malah Kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu"  ( Taha :132)

berdasarkan firman Allah di atas,kita memang tidak tahu bila Allah nak bagi kita rezeki dan bila kita dapat anak sebab itu urusan Allah.

T.E.T.A.P.I....kita cuma ikthiar,berusaha dan bertawakal untuk menjarakkan kehamilan dengan brsyarat kaedah yang diambil itu tidak mendatangkan kemudharatan kepada diri kita sendiri.Seandainya,semasa dalam perancangan itu,kita di sahkan pregnant,kita hendaklah berhenti mengambil pil perancang untuk meneruskan kehamilan bukan untuk meneruskan mengugurkan kandungan dengan alasan yang tak munasabah.

saya masih tidak boleh memikir kak,yang melakukan penguguran baby itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

siapa kita untuk membunuh baby yang tidak berdosa n the best part is,baby yang ada itu adalah hasil daripada hubungan halal? tak kejam ke namanye tu?

Akak : kau tak kawin dan tak ada husband,kau tak faham lagi.

Mul : bukan sebab tak kawin atau sudah tapi sebab MENTALITY..cara berfikir seseorang itu.

       Kita berusaha,berikthiar dan bertawakal kepada Allah.Kita tak perlu memikir urusan Allah sebab Allah itu Maha Mengetahui apa yang ada di hadapan,di belakang dan disisi kita malah di dalam hati kita juga. Siapa kita untuk melawan takdir Allah?

"Allah,tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup,Yang Maha Terus - Menerus mengawas mahkluk-Nya.Yang Tidak Mengantuk dan Tidak Tidur.Milik- Nya apa yang ada dibumi.Tiada yang dapat memberikan syafaat disisi-Nya tanpa izinNya.Dia Mengetahui apa yang ada dihadapan mereka ( hamba - hambaNya) dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang Ilmu melainkan apa yang Dia kehendaki.Kursi-Nya meliputi langit dan bumi.Dan Dia tidak merasa berat memelihara kedua-duaNya dan Dia itu Maha Tinggi lagi Maha Besar.
( Al- Baqarah:225)

Akak Kedua : huh!..kau kawin nanti kau tahu lah.

Mul : susah sangat ke kita nak faham guna hukum Allah daripada kita sibuk mengagungkan hukum dunia ni?

akak,mul nak solat jap.

( sambil melangkah ke bilik solat, sabarkan hati wahai muliana..Ya Allah berikan mereka petunjuk.ameen.)

tamat lah conversation mul yang agak ada ketegangan disitu..ambli ikhtibar.


ilmu dan kematangan seseorang itu bukan di nilai dari ilmu dan umur tapi dinilai dari bagaimana seseorang itu memikir mengenai kehidupan ini dan pada masa akan datang.

jangan hidup hanya untuk hidup saja

tapi,hidup lah dengan setiap langkah itu ada manfaatnya.

the moral of this conversation : 

1 : buka hati buka minda dan jadilah orang yang bertanggungjawab.Jangan kerana dunia kita sanggup buang hukum Allah macam tu saja. ingat,KEMATIAN ITU PASTI dan PADANG MASYAR ITU WUJUD. hari perhitungan itu menanti.Jangan sudah terhantuk baru tergadah otak..Jangan terlalu yakin yang kita ni hidup dalam satu jangka masa yang lama.Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok,

2 : Jangan terlalu sempoi hingga menolak takdir Allah sampai yang halal pun di kata haram dan haram itu dikata halal.

siapa kita untuk menentukan itu semua?

sesungguhnya,semua itu sudah pasti,kenapa masih nak tegakkan benang yang basah?

hakikat seperti,kita dah tahu berdosa,tapi kita masih buat?

hurm..mul tak faham kenapa mentality masyarakat zaman sekarang begini sekali?

dimana kewarasan akal ?

nafsu dijadikan raja segala ketua dalam hati?

menolak segala bisikan kebaikkan didalam hati.

akal dibiarkan di tepi

nafsu bermaharajalela..

p/s : GUGURKAN BABY ITU DOSA BESAR!.muktamad!

" Dan janganlah kamu membunuh anak-anak mu kerana takut kemiskinan.Kami lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu.Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar"

(surah al Isra : 31 )

Sudah terang lagi bersuluh..mul tak nak cakap apa,cuma nak pesan..kepada pasangan yang ada hati nak mengugurkan baby.bertaubatlah sebelum terlambat.


gambar ini menunjukkan baby yang baru berusia 6-7 weeks.Dikeluarkan tanpa kerelaan dan dibuang di saat sedang berusaha untuk hidup.


siapa kita untuk membuang satu nyawa yang ada didalam rahim kita ni? tergamak kah kita?


tak ada hati atau perasaan belas kesian ke buang baby?

orang yang dah lama berkawin dan berharap dikurniakan anak tapi tidak diberi.

tapi,yang kita senang untuk mengandung ni,senang2 je nak buang baby.

bukan senang nak " make " baby.

bila dah dapat,please..jaga baik2..

bila dunia makin nak kiamat..begini lah jadinya.

yang haram jadi halal.

Ya Allah,berikan mereka petunjuk,buka pintu hati mereka Ya Allah.

mul yang belum berkawin ni pun tersentuh tengok baby ni apatah lagi yang sudah berkawin?

tak tersentuh kah kamu?

fikir- fikirkan lah.

Allah itu ada=)