28 February 2013

T.A.L.K A.B.O.U.T S.A.B.A.R

assalamualaikum dan salam sejahtera.

bulan febuari menutup tirai dan mac datang bertandang dengan senyuman.

sedar tak sedar..dah 2 bulan kita berada dalam tahun 2013.

macam2 story dalam 2 bulan ni kan?

dan of course lah " keimanan korang akan tercabar right?"

same like me..mul keje  berhadapan dengan manusia,perasaan manusia,

so,faham2 lah..bila iman dicabar..korang akan marah atau sabar?

choose either one of that..



kena ragging dengan staff senior.

kena ragging dengan doctor..kunun2 nak uji stamina nurse die ni ar..blurr ke cepat..haha

berhadapan dengan pesakit yg kunun2 lebih faham medical dari staff medical.

( padahal..bukan semua sumber internet tu benar..haish)

berhadapan dengan pesakit overacting like orang yang berkuasa..

( dan sudah tentu,bila sakit mencari orang yang pernah dia memandang rendah)

berhadapan dengan pesakit yang "F.U.S.S.Y"!..

( bgi pesakit yang tak nak bagi kerjasama dengan nurse..g beranak sorang2..haha)

serious..lau mul tak ade rasa sabar mesti mul dah QUIT je keje ni kan? 

buat pe nak  jaga orang yang menyakitkan hati? buang masa right?

tapi,bagi mul..mereka tu bukan nak jadi cam tu tpi,mereka sakit kan..

jadi semua action dieorang tu datang dari kesakitan..bukan diri mereka.

consider mereka tak tahu pe yang mereka buat.

honestly,tu yang mul fikir on the that time bila kena berhadapan dengan ni semua.


lau korang rase tahap kesabaran korang kelam2 timbul..ask your heart?

adakah masih ade I.M.A.N didalam hati ketika itu?

lau korang ade iman pasti korang akan memilih kesabaran sebagai perisai tuk 

berhadapan dengan setiap dugaan.

buat apa nak melawan dengan kekerasan tajamnya lidah berbicara andai kita 

masih ade alternatif lain untuk menghadapinye.Diam itu bukan bererti kita mengalah

tapi diam itu memberi kita ruang untuk sabar dalam memikir.

pahala orang bersabar itu tinggi..

teringat kisah mul kat sini..hanya kerana "dia" salah seorang sepupu orang ternama 

kat area sini,dan bergaduh dengan mul just for parking kete..nonsense!..

bagi mul..dia memikir dan bertindak menggunakan nafsu dan akalnye terletak di bawah

nafsu..sebab itu dia sanggup untuk memalukan diri sendiri dihadapan mul dan pesakit2 

yang lain.mungkin dia fikir..dengan ramainye orang melihat dia,semua orang akan takut

tapi hakikatnye..dia itu yang takut dengan diri sendiri.

bertindak tanpa reason yang betol padahal terang2 diri yang salah.

hope so,nanti bila wife dia nak bersalin kat sini..jom lawan psyco!..

walau kau bawak bodyguard sekalipun..mul tetap akan berdiri disini..

baru bugis bertemu bugis kan? one by one..

darah bugis kita mengalir panas dalam badan kita..dan mul tahu sifat bugis.

panas baran right? dont touch me!..tu moto bugis kan?

so,beware wahai bakal pesakit mul tu..hoho

diam mul bukan untuk dipersendakan tapi diam mul hanya untuk memberitahu..

beware..take a time..mul tak berdendam..mul cuma nak korang sedar yang korang

tu bukan besar mane pun lau nak banding dengan Allah bersama mul..



menjadi seorang staff nurse membuatkan iman mul sentiase dicabar.

bukan senang nak menjaga iman bagaimana kita menjaga wuduk kita sepanjang hari.

bukan sekali dua di uji tetapi banyak kali.

sampai dah kebal dah hati ni..haha

teringat kawan mul pernah g tahu kat mul..

ayat die lebih kurang cam ni.

" kita tak kan tahu nikmatnye iman kita sampai kita tidak diduga dengan dugaan"

deep inside..honestly..before this mul selalu salahkan takdir..nape mul kesini?

kenapa mul tak pernah redha dengan takdir yang ade kat diri mul ni?

kenapa mesti dipertikaikan lagi takdir ni?

dan kenapa mesti mul tunaikan impian parents mul padahal mul ade impian lain?

dan kenapa? segalanya bersarang dalam minda sampai satu stage cronic..

mul fed up!..tak nak hidup dah..penat dah hati ni..

pernah gak nak bunuh diri telan ubat banyak2..haha ( mase tak ade iman lah)

untill mul jumpa someone yang sedarkan mul tentang satu kewujudan.

Allah..

change for better living its not crime muliana.

its not easy tapi kena konsisten..

pelan2 mencari dan pelan2 kayuh tuk sampai ke satu tahap dimana

segalanya hanya untuk Allah..insya'Allah.

from our heart we start.

Jaga diri

Jaga iman

Jaga hati.

setiap kebaikkan yang dilakukan itu datangnye dari hati yang bersih.

bukan untuk menjadi wayang untuk masyarakat sekeliling tapi kerana iman yang

ade didalam hati.

mul tak kan pandang seseorang itu dengan paras rupa tapi mul pandang..

dimana hatinya terletak?

nafsu yang mengawal hati dia

atau hati dia yang mengawal nafsu.

for example : bila korang terase betol2 hot the spicy dengan satu situation ni..

korang rase korang mampu tak, nak kawal perasaan tu?

bila dah dalam keadaan marah,orang yang korang sangka baik bak putera/ puteri tu

pun boleh berubah menjadi H.U.L.K.

semua kesopanan dan ahlak pun terserlah time tu..

so,lau korang nak kenal seseorang itu..uji dia dengan kemarahan..tettt...haha


tengok sama ade dia akan sabar atau menengking balik.

selamat mencuba.

( mul tak de kekuatan nak mencuba cara ni sebab mul cepat tersentuh bila kena marah..


haha)


lau korang tak nak berubah tapi berubah lah tuk perbaiki ahlak korang tu.

n untuk bakal2 student staff nurse n staff nurse zaman era moden nie..

S.K.A mesti kena ade..lau tak ade..korang belum lagi menjadi staff nurse bertauliah.

S : SKILL

K : KNOWLEDGEABLE

A : ATTITUDE.

see..sebenarnya mul nak g tau..staff nurse tu bukan " orang suruhan " yang selalu 

diremehkan..

sebab,without a nurse,doctor a useless!..hoho

pround be a nurse..ngeh..hehe


p/s : tuk kawan mul yang selalu bising kenape mul tak bertegas..

sebab..aku bukan mengalah tapi aku cume memahami keadaan dieorang saje.

dan ade tempatnye,kau akan tengok nt macam mane begitu tegasnye aku.

sampai kau pun tak kan percaya..hanya kawan yang pernah sebilik dengan 

aku tahu bertapa tegasnye aku..hoho

thanks for everything sebb selalu ade mase aku nak luahkan semua rase lelah aku.

dan,kau jangan hilang dari inbox masej aku.

telan kau nt kang..haha

Allah itu penting dan kawan yang membawa aku mencari dan memikir kewujudan 

Allah itu juga penting dalam hidup aku.

i m appreciated that..

may Allah blessing u..ameen..

for the rest of my life :)

26 February 2013

H1N1 VIRUS

assalamualaikum dan salam sejahtera.

entri kali ni adalah H1N1 VIRUS..

sekarang ni keadaan cuaca je tak menentu..sekejap panas terik,mendung dan tiba2 hujan.

well..dengan keadaan macam ni,bergembira lah pasukan tentera virus2 ni tuk merebak..haha

( actualy,bukn sebab cuaca saje tapi ade sebab lain..depend on situation.)

ok..kita back to title and straight forward je.. ( maaf,terbanyak selingan lak..haha)

equation for H1N1 :


swine + avian + human influenza = H1N1 

swine - pigs

avian - birds

human influenza - jangkitan virus yang berjangkit melibatkan sistem pernafasan.

bila 3 in 1 bergabung..terjadilah H1N1..



H1N1 ni kenali sebagai " swine flu" atau lebih tepat sekali " selsema babi"..

nickname "swine flu " ni sebab virus biology dalam kes H1N1 ni same dengan virus biology yg

ade dalam kes sickness of pigs.



( korang jangan salah faham lak,sape yang kena H1N1 ni mesti direct contact dengan babi.

pada hal dieorang tak sentuh babi pun.

and ade cases juga,die dapat H1N1 sebab die keje kat ladang ternakan babi..)

let's me explain to u'alls..hehe

ok..kita tak tahu virus ape yang ade dalam setiap badan orang kan? 

walau dia kawan kita pun kita tak tahu kan? sebab ape?

sebab virus ni kecik je..tak boleh dilihat dengan mata kasar.

sebenarnya kita ni terdedah dengan kuman2 ( bacteria.virus) nun diluar sane.

mungkin bila kita keluar berjalan di tempat crowded kita akan berselisih dengan 

pembawa virus H1N1 ( carrier),dan secara automatic carrier tu akan transfer virus tu kat kita.

( example : die bersin kat kita.)

carrier ( pembawa virus H1N1 ) >  sneezing > titisan dari bersin > merebak ke udara 

> public person > mengambil udara yang tercemar > get H1N1.


well..lau name je influenza n jangkitan berjangkit..for sure ianya akan merebak melalui

udara..sebab tu lah keluar ke tempat crowded kena pakai mask ( topeng muka)


bagi sesiapa yang kena  flu tu,please lah pakai mask..sebab,korang akan transfer virus kpd

orang yang tak kena flu bila korang bersin cenggitu je wihtout any precaution.

( direct transmission )...kesian kawan and  masyarakat sejagat ye..hoho

S.I.G.N & S.Y.M.P.T.O.M  H1N1


H1N1 TYPE A INFLUENZA VIRUS

akan merebak melalui human to human contact.

ini bermaksud..andai korang selsema atau batuk jangan lah guna peralatan yang same

example : kawan A tak selsema , kawan B lak selsema.

memang lah sharing is caring and bla bla bla tapi tak kan lah VIRUS pun nak sharing kan?

hello...tepuk dada tanya antibody, nak sharing x? haha

kawan B tu kena wat precaution contohnye,kena pakai mask,bersin cara yang betol and 

buat hygiene yang betol..untuk elakkan flu dia berjangkit kat orang lain.

kawan A lak kena lah beware dengan kawan B..bukan korang mengelak diri dari dia

(kecik hati dia kang..kesian kat kawan..hoho) tpi,korang jangan lah share barang2 dia..

contoh, minum segelas dgn dia ke,pakai straw yang same ke..n whatever lah..janji jangan 

share..ni sebagai langkah2 berjaga saje k.

S.E.R.I.O.U.S   C.O.M.P.L.I.C.A.T.I.O.N 

  1. pneumonia ( jangkitan kuman pada paru-paru )
  2. respiratory failure ( kegagalan paru2 untuk berfungsi akibat jangkitan virus )
  3. cronic condition ( eg : diabetic ,asthma)

sebenarnya ni kes untuk orang yang dah tahu diri dia tak sihat and dapat flu lebih dari 3 hari 

tak nak g sepital..bila dah keadaan serious, bru nak g..cam kes kat negeri sembilan baru2 ni.

so,tepuk dada tanye hati lah..jangan salahkan pihak sepital lambat trace or what..

sebab kami ni bukan Allah yang dapat menyembuhkan semua penyakit.

kami ni cuma berusaha untuk menyelamatkan saje.

selebihnya kami tawakal pada Allah.

( remindtomyself)

 TANDA- TANDA KLINIKAL YANG SERIOUS : 

  1. short of breath ( pernafasan yang pendek )
  2. severe vomiting
  3. abdominal pain
  4. dizziness ( pening )



pic kat atas ni adalah perbezaan antara flu biasa and H1N1 flu..

so, lau korang ade symptom kat atas, tak yah lah nak stay kat rumah sampai berhari2..

korang g je hospital goment..bagi mul..korang cakap buruk pasal sepital goment ni

( sesetengah orang saje)

tapi mul tetap kata sepital goment yang terbaik and seharusnya..kerajaan terbaik!.

sebab ape? sebab kat sane semua barang lengkap and leh trace penyakit dengan cepat.

walau kena tunggu lambat tapi berbaloi..mentality orang2 zaman  sekarang kena

dibetolkan..sebab ape..lau sepital swasta tak mampu nak amek kes berat..last2 

dieorang kena gak transfer sepital goment..see..jangan sombong..hehe

( erk..sorry2..lari tajuk jap..haha..emo emo emo..hoho)

P.R.E.C.A.U.T.I.O.N  U.N.T.U.K. H.1.N.1




- beware dengan orang yang sneezing.


- elak berada di kawasan crowded.



- elak melancong ke luar negara wat mase nie.

sebab setiap negara berbeza bacteria and virus nye..hehe



- good hygiene..korang kena lah basuh tangan dengan betol..sebelum makan,lepas makan

atau korang ade terbatuk atau bersin ke..korang kena cuci tangan.

reason : untuk elak perebakkan virus ke orang lain ( human to human )

lau tak pun,korang bawak lah dettol instant hand sanitizers tu kemane saje..hoho


- amalkan tahap kebersihan diri dengan baik. gunalah sabun lifeboy..tettt..hehe

( mul guna sabun ni sebab mul terdedah dengan macam2 kuman kat sepital tu ar).

so, its better prevent than do treatment..hoho

H.O.M.E. T.R.E.A.T.M.E.N.T :

  1. dapatkan rehat yang cukup..

    reason : untuk membenarkan sistem pertahanan badan ( immunity system) untuk berlawan dengan virus.
  2. use pain releives

    reason : follow instruct by doctor.
  3.  drink a lot of water

    reason : untuk elakkan diri dari hydrate ( kekurangan cecair dalam badan )

O.R.A.N.G  Y.A.N.G .P.E.R.L.U .D.I  B.E.R.I.  P.E.R.H.A.T.I.A.N :

- a pregnant women 

- kanak2 yang bawah umur 5 tahun

- orang tua yang melebihi umur 65 tahun ke atas

- kanak2  atau remaja yang menerima rawatan aspirin ( long term ) dan mempunyai history

of dari reyes syndrome disease after influenza virus infection.

- cronic disease ( exmple : cronic pulmonary, cardiovascular disease, hematological 

( penyakit berkaitan darah), neuromascular ( berkaitan otot), metabolic disorder 

( diabetic mellitus ).

-HIV person

- Resident of nursing home.

* andai korang tak tergolong kat atas ni tetapi dapat H1N1 tu namenye dugaan..hehe

myb sebab antibody korang tak cukup kuat untuk melawan itu semua..ngeh*

and kenapa mul listkan orang yang perlu diberikan perhatian itu sebab mereka ini

semua mempunyai sistem pertahanan yang lemah  senang cakap, antibody tak kuat.

so,berhati2 lah ye.



K.E.S.I.M.P.U.L.A.N  H1N1

1 : H1N1 ini akan menyerang system pernafasan di awal permulaan.

2 : ia juga akan melumpuhkan sistem pertahanan badan korang.

3 : dan kematian yang disebabkan oleh H1N1 ini adalah di sebabkan oleh immunity 

     dalam badan seseorang itu tak mampu untuk berlawan lagi.

4 : kena take precaution awal2..

5 : tahap kebersihan amat dititiberatkan dan perlu dilaksanakan dengan betul.

6 : hygiene basuh tangan selalu..tak kira lah korang sentuh ape pun...korang kena basuh

    tangan.

7 : pastikan berada di kawasan yang selamat dan bersih serta bebas dengan udara yang

      tercemar. ( jangan g tempat yang crowded )

8 : VIRUS H1N1 akan merebak melalui udara ( air polution ) or spread by human contact
     ( nosocomial infection ).

9 : H1N1 merupakan penyakit berjangkit! please..take action and precaution..BEWARE!




sampai disini saje mul punye entri ye.

hope korang faham lah..dh lame tak wat explaination disease..dulu selalu presentation je.

tu senang sikit..huhu

lau kena type ni kena kerah otak menyusun atur ayat..

terus kering idea..haha

ok,pape pun..mul nak nasihatkan..jagalah kesihatan diri..

lebih2 lagi dalam keadaan sekarang ni.

lebih baik mencegah dari merawat..sekian..

p/s : hope faham dengan entri ringkas ni..aku nak explain dalam medical tapi panjang sngt 

nt..takut kau pening lak nak faham..haha..sebab ia melibatkan banyak sistem..ni

cuma basic je aku explain and langkah2 precaution yang mudah.

and pasal kau, aku kena open mymedical books awal2 pagi..tahan ngantuk jap..hoho

x kira..nt belanja snogurt! haha

may Allah blessing.

for the rest of my life..

mul nak tdo..dah lame tak bukak buku medical pasal penyakit ni.Alhamdulillah ingat..hehe





25 February 2013

J.A.N.T.U.N.G H.A.T.I M.U.L

assalamualaikum dan salam sejahtera.

21/02/13 mul balik kg..well..genap 33 hari tak balik kg.

terase sebak je dada ni tiap malam menahan rindu.

tak de lah jauh mane pun.takat johor bahru n batu pahat je.

hoho..mmg tak jauh tapi nak dapatkan cuti balik kg tu punyelah payah tahap gaban..

(ok fine..name pun keje nurse..so,sabar..pesakit number one n family trpakse mjdi no2)

closed this story..jom layan gambar mase mul kat kg..

walau sekejap tapi bahagia je hidup ni..hoho

rumahku syurgaku.

ni baby filipina

comel kan..baby ni merupakan baby terakhir mul cium before balik kg hari tu.

mummy die staff nurse dialysis kat philipines, 

and daddy die customer service kat jb.

sangat2 bersopan santun pesakit ni..suka jaga dia! haha




kedatangan mul kat kg..aliff ni yang sambut.haha

mane tak nye..punye lah merengek mintak dukung pastu ajak turun bawah.

ajak jalan2 kat luar rumah..

pada hal dah kol 6.30pm..nak maghrib kot..haish aliff ni kan.

( well..mul kan mak uda yang baik hati..jadi..temankan je lah dia..haha)



nie time dia jatuh sebab lari.

aliff lau jalan tak nak tengok bawah..

asyik nak tengok kanan kiri je..

mane tak jatuh..haish..



petang ni,mul mandikan budak ni..punya lah berperang dengan dia sampai lencun baju mul.

rase macam nak telan2 je budak ni..haha..




lepas mandi..aliff mesti cari botol susu dia n lampin die..pastu lending kat depan tv dengan

kaki bersilang..tak tahu mane dia belajar..haha



muka memujuk mul untuk bawak dia turun bawah..jalan2..

biaselah..lau dengan nenek die,memang terperuk kat rumah je..haha

tu yang mul balik kg je,budak ni akan standby tuk membuli..ye ayat paling tepat tuk mul..haha



time ni die merajuk sebenarnye..haha

so,nak tackle balik "hati rajuk" die ni..bawak lah die g jenjalan.

banyak karenah and demand tinggi..haish..

selamat ade sorang je..lau ramai..pengsan mak nak..haha



muka aliff yang konon2 merajuk tak nak cakap pada hal nak senyum. haha

mase ni mul suruh dia buat pilihan..

nak jalan ke atau nak cium mul? haha.

pas tu aliff leh wat muka tak bersalah cenggini..cett!!..tak nak kawan dengan aliff..hoho

( macam tahan je hati ni tak nak kawan dengan aliff..haha)

muka gembira bila dapat kuar jalan2..haha

time ni pagi..8.30am..aliff akan bangun kol 6.30am..

tidur balik kol 12tgh hari..

dan sepanjang hari..dia sentiase bermain..sampai pening nak layan dah..haha



nie lah tempat aliff suka lepak..tak tau pe yang die suka kat sini..

mungkin die suka tengok pokok pisang..haha



hidup ni adalah pilihan..siapa kita pada masa akan datang adalah apa keputusan yang kita

buat hari ni.

masa tidak cepat atau lambat tetapi..

"mencari sesuatu" itu perlukan masa

dan andai diberikan kesempatan ruang pasti masanye akan tiba.

aliff ni lah buah hati jantung mul..dia lah madu dan dia jugalah racun..haha

lau mul keluar bawak dia g jenjalan..mesti ramai orang fikir..aliff ni anak mul..haha

well..gaya ibu mithali kan..haha

k lah,mul nak tdo..malam ni on call..elak ade orang nak bersalin operation tgh malam je ni

dengan tdo tak cukup masuk OT..memang pengsan jap lagi.

gd nite n sweet dream.

may Allah blessing..ameen.

for the rest of my life:)

19 February 2013

S.A.J.A - .S.A.J.A N.A.K. S.N.AP!

assalammualaikum dan salam sejahtera.

malam ni terasa nak upload gambar - gambar time keje kat sepital tu ar..

tak tau nak wat pe sebenarnye..

so,sementara nak menunggu isyak & tunggu kawan balik dari keje

mul nak main upload2 gambar..hoho

malas nak taip banyak2..

jom je lah layan gambar ni..ho ho holicks satu!.ngehngeh



huwaghhhh....baby ni nanges sebenarnye..haha

mintak susu..mul cakap sabar jap..nga buat ni..tak faham gak..gini lah mulutnye..haha

kang dh kena snap..tetttt..




ok..nie keje mul kat kaunter..

sepital ni ade 3 tingkat sebenarnye..

1st floor : clinic
2nd floor : ward and ot room
3rd floor : minor ot and vip room and HR office.

so,tuk menjadi nurse yang aktive..setiap hari mul akan naik ketiga2 tingkat ni macam

ape dah..dengan menaiki T.A.N.G.G.A bukan L.I.F.T..

dpt bayang x betapa penatnye?

setiap hari tau..lau keje night shft je selamat..haha



eceh ceh..muka serious tak? haha

ok,time ni mul nga kira due date sebenarnye..

well..name pun keje maternity..mmg nie je lah keje nye..

mengira LMP dan EDD..haish..

diri sendiri punye pun tak terlepas nak kira..ni kira orang lain punye lak..haish..

aptb..haha



nie keje mul kat nursery..

cium baby!!!..well..baby kan comel..rugi sape yang tak cium..haha

nak cium anak sendiri lambat lagi..haha

cium anak orang je lah yang mampu..tettt..haha


nampak x file2 nun dibelakang kami tu..

kawan sebelah mul ni namenye ain.

stress mencari file..haish..al maklumlah..doktor kami tak nak gune pc..

die kata proof tuk medico legal, handwriting lagi kukuh..

so,penat tgn nak cari n penat tgn nak menulis..huhu

gmbr ni di amek before nak masuk ot..

mul kena cek file pesakit kat clinic..huhu

sempat berposing..haha

n hijau tu baju ot..masuk ot kena bukak tudung dan pakai ot cap n sejujurnya,baju tu seksi..

so,mul cover dengan tudung..hoho

bagi mul,banyak2 baju..baju ot paling seksi..selamat dktr pilih hijau gelap..lau terang

pergh..free je tayang kan..rugi2..

confrm..mul resigned! tetttt...





saje je nak tayang gigi..haha



ok..ni time muka menahan kepenatan berlari dalam sepital ni ar..haha

kawan mul ni namenye kak cheng..

g mane2 je mesti dengan die..haha

muka pun sepesen je sebab time ni tengah kelaparan..haha



ok..ni staff kat sini..tudung purple tu namenye kak  kila

n tudung hitam tu kak lin..dieorang ni semua dah kawen n ade anak.

tpi..muka mereka cam awet muda kan?

sesungguhnye,semua orang yang datang hospital ni akan tertipu dengan staff sini..

huhu..al maklumlah..semua staff yang muda2..haha

yang belum ade husband pun cume 4 orang je..haha

nie last photo..

baby comel..hoho..

ok lah..penat dah ni upload..nak tdo..

esok keje shift pagi...

gd nite n sweet dream..

may Allah blessing.

for the rest of my life..

Ya Allah,kurniakan lah cahaya mata kepada pasangan suami isteri yang belum

memiliki zuriat lagi..ameen..insya'Allah :)

17 February 2013

O.P.E.R.A.T.I.O.N T.H.E.A.T.R.E

assalamualaikum dan salam sejahtera.

ape yang korang bayangkan kat title atas tu ar?

operation rite? potong- potong badan manusia kan? darah kan?

so,cam tu lah pe yang mul fikir sekarang ni..haila2..

esok ade dua operation lower segment caeserean section ( operation bersalin)

tapi..malam ni terasa cam kecut perut lak tiba2..

nak muntah pun ade..loya tekak pun ade..hmmm..



nak kuarkan baby ni ar..tu yang kena operation..haha

jom tengok gambar - gambar yang mul dapat dari Mr. Google..haha

anggap je lah..macam ni lah keje mul kat dalam bilik operation nun ar..

nak upload gmbr betol2 tak boleh..nanti kena medicol legal..huhu..



ok..ni step first before nak masukkan pesakit kat dalam bilik OT.

time ni kena double check..sebab takut salah orang yang di bedah..

kes court nanti ..sape yang susah..dah kena gantung lesen nurse.

macam tak berbaloi je study nursing 3 tahun..

pas tue kena gantung cam tu je..sadis!




step kedua..

cam nie lah bilik OT..cume yang ni dia upgrade sikit berbanding tempat mul.

well..barang2 medical ni kan mahal2..faham2 lah..haha


step ketiga : 

setiap kali operation mesti kena ade doctor anaesthesia. ( doktor bius)

name bius untuk operation ni..spinal anaesthesia.

so,separuh badan hilang sensory..jadi mase nak bedah..pesakit tak rase sakit..hoho



step keempat :

prepare instrucment yang nak digunakan tuk potong2..haha

yang ni keje untuk first scrub nurse 

sape yang kat sini mesti kena mahir dengan semua peralatan ni lah.

bukan senang nak ade kat sini..haha

well..mul pun tak mahir lagi..haha..pening pale nak hafal name2 peralatan ni..haha



ok..picture ni lak..nurse tu tunjuk peace..haha

ni lah keje runner nurse dalam OT..die bebas nak g mane2 pun dalam OT

tu..cume die tak boleh sentuh and masuk kat side pembedahan semasa pembedahan

dijalankan.

tujuan ni untuk mengelakkan,transmission bacteria kepada pesakit.

mul suka keje runner..sebab leh berlari2..semput mak nak..haha



ok..time2 cenggini lak..

ni lah namenye operation start..kat situ ade 

1 orang doktor, first scrub nurse dan second scrub nurse..yang kat kepala nun ar..runner 

nurse..well..runner nurse baik..suka tolong keje doktor anaesthesia..haha

mul suka kat side second scrub nurse..sebab keje die back up je..haha



dalam bilik OT ni semua kena serious..

tak leh nak main2..

orang yang tak serious yang suka main aci redah bila masuk bilik OT ni

akan menjadi orang yang berlainan.

macam mul..akan menjadi tersangat profesional..haha

well..name pun bedah manusia kan..jadi mane leh main2..salah wat tugasan kang,

medicol legal kena..dah kena gantung uniform n lesen nurse..huwawa

tak mau tak mau..masih sayang nursing lagi..ngeh!

( pada hal selalu je merungut pasal keje..ceh ceh ceh..haha)



Alhamdulillah..akhirnya..keluarlah seorang manusia.

seorang manusia hidup dalam rahim manusia yang hidup.

hidup dalam hidup..ajaib kan?

tu lah kekuasaan Allah bagi yang menyedarinya.:)



ni lah babynye..comel kan? gebu kan? mesti berat..hoho

ye..baby ni memang berat..3.8kg kot..semangat!..haha

ok..baby settle..

ok..lepas baby dah out..so,keje kat dalam bilik OT haruslah diteruskan..

tak kan nak biarkan pesakit dengan open wound kot..huhu

time ni main jahit2..lame lah gak..kena standing 1 jam ..lau tak de masalah 

pendarahan lah..lau ade masalah pendarahan..kena lah standing lame..lebih dari 

1 jam..time nie lah terase penat yang teramat.

sebab kena fokus kat satu tempat je,

dengan bau darah, dengan tangan penuh darah..

hmmm...tahan je lah..nak wat cm ner kan..name pun ni pilihan..sabar..



ok..the last one..bila dah siap main jahit2..so,sesi untuk mengira.

korang ingat,korang je kena kira stok n account?

dalam OT pun ade..cume kena kira instrucment je.

takut ade yang tertinggal kat dalam badan..

kang masuk dalam berita kang..dah kena see u in the court! 

haila2..sebab tu keje doctor and nurse ni tak leh cuai sebab pesakit kan suka " SUE"

huhu

mul suka main kira2 ni..sebab dah memang keje mul kena kira..haha



bila keje dalam OT done..so..baby ni settle kan lah..

tak kan nak bagi kering je nun bawah warmer..kang terbakar gak kulit baby ni ar..haha

ok..ni lah hasilnya selepas dimandikan..

comel kan? well..sape yang mandikan lau bukan mul kan? huhu

( puji diri sendiri jap..haha)

kecikkan tangan baby ni..haha

sungguh2 comel..time ni mul nak bagi minum susu..

mul pun betulkan lah lampin die..bagi bedung tangan n kaki die.

biar tak gerak2 mase nak minum susu.

tengah -tengah bedung..baby ni pegang tangan mul..

comel sangat2..baby boy tu.haha

cam terasa die transfer ucapan " terima kasih nurse " ( ecewah..wat penilaian sendiri kan)

hahaha



bilik OT dah citer kan..sekarang ni mul kat clinic..

yang tengah main kira2 LMP ( Last Menstrual Period ) and 

EDD ( Estimated Date Delivery)..

+7+9 ..korang dapatlah EDD korang..hoho..bagi yang pregnant lorh..

nanti ade mase mul buat entri cara nak kira EDD ni ar..

senang je..haha..tapi mul suka guna yang dah sedia ade..cam kaedah kat atas tu.

main pusing2 je bulatan tu n make sure kena tarikh LMP tu n dptlah EDD tu ar..hoho

ok..mul saje je nak main2 upload gambar citer kan keje mul kat entri ni

bagi hilang nervous nak masuk bilik OT esok pagi.

walaupun dah selalu..tapi..nervous tu tetap ade..

susahnya nak hilang kan..hrmmm..

k lah..mul nak tido..esok pagi nak kena bekerja keras..haha

good night n sweet dream..may Allah blessing.

ameen..

for the rest of my life:)



baby ni tersenyum mase mul dukung dia..

al maklumlah..die menangis je kan..hoho

p/s : planning awal2 dari segi mental & fizikal nak ade baby ni.

bukan senang nak jaga baby..hoho..

and..not easy to make k..bak kata surgeon kat hospital practical dulu..haha