19 May 2013

BILA SEMUA TERDIAM@ 19 MEI 2013

assalamualaikum dan salam sejahtera.

happy barakah sunday (^_^)


bila hati mula berbicara..saat itu semua hanya mampu terdiam..nafsu terdidik.

hanya hati mula berkata, akal memainkan peranan yang teguh.

setelah lama terlalai..tersentap seketika..diam tanpa kata..hanya tafsiran sendiri 

menjadi peneman.

terasa diri semakin lemah untuk bangkit kembali.

terasa larat untuk bangkit bila mana hati yang tersentap.

benarlah..penderaan mental itu lebih hebat dari penderaan fizikal.

fizikal boleh dirawat dengan antiseptic tpi

bila mental dan hati..perlukan masa untuk membuang segala perasaan.

saat segalanya terasa indah bagai dibuai angin bayu.

dalam hanya beberapa saat ianya hilang meninggalkan kesan.

saat segalanya kelam tanpa cahaya.

dalam samar aku mencari arah tuju hidup yang kian seperti tiada akhirnya.

langkah demi langkah di atur tanpa arah.

melarikan diri untuk menghadapi ini semua.

hanya penat dan lelah saja yang aku dapat.

berhenti seketika di bawah pohon..memandang langit yang cerah.

takala hati menjadi kelam tanpa cahaya.

kembali munasabah diri..

mencari diri yang telah lama leka dengan hiburan dunia.

rohani yang semakin kelam tanpa diberikan kekuatan.

saat ini hanya mampu menangis mengenang masa lalu.

baru tersedar bahawa diri ini semakin hanyut dibuai dengan angan-angan kosong.

perginya angan-angan yang di impikan..

membuat diri semakin memahami..dunia ini bukan tempat untuk bermimpi.

bermimpi disiang hari.

bangkitlah wahai hati muliana..jangan terus rebah takkala segalanya hilang meninggalkan diri.

berpautlah kembali dengan janji-janji Allah.

indeed..redha itu sakit untuk ditelan tapi, manisnya hikmahnya bila semakin sedar kita perlu

bergantung pada Allah.

senyumlah wahai hati..walau kamu tahu kamu ada alasan untuk tidak mahu tersenyum.

" Ya Allah..kuatkan hati hamba Mu ini dengan kalamMu Ya Allah..tuntun hambaMu ini dengan cahaya petunjukMu, dampingi hambaMu ini saat suka dan duka.Peluklah hambaMu ini dengan setiap keberkatanMu Ya Allah.Teguhkan lah hati hambaMu ini ke atas jalan yang diredhai oleh Mu Ya Allah."








No comments: