17 July 2011

berbuka puasa di Mcd e-Curve damansara

first time buka puasa kat luar
sebenarnya,aku kurang sikit buka kat luar
sebab
nanti kena kejar2 waktu solat maghrib
surau penuh
jadi agak leceh lah

so,tadi teman kawan g beli barang2 dia
so,tawaf lah shopping complex kat situ
penat
bosan
mengantuk

aku x suka shopping
sebab shopping membosankan aku
dah lah tadi ramai orang
memang aku x suka
macam2 ragam nampak

aku x suka berada di tempat ramai orang
sebab
aku suka memerhatikan orang
bila aku memerhati
aku mula memikir
mula lah macam2 teori keluar dari otak aku ni
tu yang aku malas tu

pernah sekali
aku g masjid jamek
ramai orang!
sesak!
boleh jatuh pengsan aku kat situ!
sebab aku ada
Hypoglycaemic!
tu yang aku x suka berada di kawasan sesak!

pape pun..
bila dah balik rumah
udara yang segar
otak aku dapat berfungsi dgn baik
memang aku suka
tenang
damai
x ade pencemaran
sebab
Rumahku Syurgaku..

tempat yang paling tenang adalah rumah..
=)

16 July 2011

teringat zaman persekolahan..




tiba-tiba je aku teringat kisah silam
zaman persekolahan aku
sebenarnya..
aku x suka masa zaman nie
sebab banyak pahit dari manis

kalau boleh aku nak lupakan je
tu yang aku tak contact dgn kawan2 aku lpas spm
sebab aku x nk ingat kisah persekolahan aku

bila ingat balik..
aku rasa cam sengal je
ntah pape..
tapi ada something yang aku suka ingat

masa form 5
aku suka zaman nie
sebab kawan2 yang gila-gila
macam2 perangai
mengalahkan budak tadika
hahhaha

best time ni
aku enjoy
aku teringat aku cat kelas dengan kawan2
aku teringat study sama2 sebab nak exam spm.
memang best

tapi..
dalam tawa ada duka
macam tu lah..
aku nie nampak je happy tapi..
hati..
x tau nak cakap pe
deep in side

aku x suka luah
aku suka simpan
sebab tu lah aku suka memkir

aku teringat zaman aku tolak meja aftr class akaun
semua sebab aku tengah bengang
aku teringat 1st time kena jadi peserta menulis cerpen
malu x malu lah
bdk nakal,leh wakil sekolah..
macam x masuk akal kot..
ntah pape je

aku teringat aku lawan markah exam tuk subjek sejarah
taufik,bidin,azri..
best gila
sanggup aku x tido malam sebab sejarah nie
coz,aku x nk kalah dengan korang
hahhaha
memang sengal..

aku teringat akaun aku x btol
banyak duit x seimbang
hahhaha
ssemua sebab aku x suka dengan subjek prinsip akaun

aku teringat aku tertido masa belajar ekonomi asas
sebab aku x minat
bosan
tapi..
taufik cakap senang
aku pun x faham
hahahha

aku teringat matematik aku fail
sedih lah masa tu
tapi kawan2 aku cakap senang
aku pun x faham
last2..
aku menuntut ilmu dengan diaorang
thanks daya,kak long,taufik,bidin
korang memang pandaikan..
x macam aku

pandai wat muka blurr je
hahhahhaha

aku teringat cikgu2 pandang lain kat aku je
semua pasal kes yang melanda
ntah pape je
hahhahha
prihatin sungguh kawan2 aku nie
aku pun x faham
hahhhaha

maaf kat korang semua
bukan x nak jumpa
cuma
aku bengang lagi dengan kes yang lepas
maaf...

maaf
maaf
maaf
Allah dah takdirkan kita begini..




sementara menanti azan subuh





assalamualaikum..
selamat pagi wahai subuh yang indah..
hari ini kita bertemu kembali

tiada lafaz selain
alhamdulilah
subhanaallah
terima kasih ya Allah..

pagi yang senyap
tiada apa2 kebisingan
melainkan
suara orang yang sedang mengalunkan bacaan Al Quran
indah...

suasana yang paling tenang
syahdu
adakah esok akan bertemu kembali??
adakah esok masih ada hari menikmati subuh ini?
semuanya berada di tangan Allah..

ku berharap
aku masih lagi bernafas pada esok hari
menikmati indahnya subuh ini lagi
mendengar bunyian cengkerik
alunan bacaan Al Quraan di masjid yang terdekat
angin yang sepoi-sepoi bahasa
indah,mengasyikkan

inilah ketenagan yang ku cari
tidak boleh di beli
kerana Allah memberi dengan percuma
adakah kita bersyukur dengan ini semua??
tanya hati
jawab pada Allah
kerana..

Allah

Ya Allah
ampuni ni daku
teguhkan keimanku
teguhkan kecintaan ku kepada-Mu
berkati daku
semoga ku dapat menjadi
Hamba-MU yang sebenarnya
amin.

15 July 2011

StUdy Time!!!!




assalammualaikum..
muliana binti sahar nak cakap
hahha
asal aku buat gaya skema mcm menteri bg ucapan nie
hahahha

skrg dah bulan 7
nxt month bln 8
nxt month lg satu bln 9
pas tu exam
banyk benda x study lagi
adoyai..

so,aku terfikir bahawa
aku nak study awal
nanti aku leh raya puas2
insya'Allah

kepada kawan2 ku
jom mulakan langkah tuk study ya
bukan stido yang selalu kita buat bersama
hahahha

sem 5 nie
subjek beratlah..
banyak
macam2 yang kena tahu
tapi best
patutulah nursing nie
international punya

kepada aina
kita sama2 berjuang ye
kau berjuang kat negeri sembilan
aku kat damansara nie
kita sama2
berusaha mencapai matlamat kita
kan kita dah janji bersama
so,kita tunaikan bersama

susah senang kita bersama
mengharap pada Yang Satu
Allah

sebab,semua dah ditentukan
cuma usaha dan doa
tawakal
sebab kita bukan siapa2
kerana semua milik Allah..

Aina aku sayang kau
dunia dan akhirat
amin..insya'Allah...

hari pertama kat emergency department...

welcome to emergency department
red zone
hari pertama
x tau pape
selalunya aku belajar teori kat buku
sekali masuk area clinical
memang mencabar habis
memang gila ar

berhadapan pesakit yang perlukan rawatan dengan cepat
x sempat nak soal
semua buat keje masing2
kelam kabut
aku rasa cam ada kat dalam kem pelarian
hahaha

macam2 story aku buat kat dalam red zone
terlanggar dengan doktor sebab nak cari pampers
air terpancut kat aku sebab aku x tahu pili air tu bermasalah
habis aku kena gelak dgn student doktor tu
hampeh!

aku harap aku x jumpa dgn mamat tu lagi
buat aku malu sebendang je
dah lah MA tu buli aku ckup2
stf nurse tu mencabar aku punya kesabaran
memang gila ar hari pertama aku

mula2 aku rasa nak cabut
tapi bila fikir  balik
tanggungjawab aku
life aku
karier aku
memng gila lah

finally
i m do it my job my best
this is my life
i can feel that

dalam emergency
no perkataan kalau
jika
nanti
sebab
semua
ON THE SPORT

memang best..
orang mengharap pada kamu
dan..
kamu buat yang ter baik
tetapi,pesakit tidak sempat nak tahu kamu
nie lah namenya
baling batu sembunyi tangan
tolong orang dalam diam
baru best...

akhirnya..
aku memang suka kat red zone...

14 July 2011

aku bahagia

alhamdulilah..
Allah pertemukan aku dengan kawan2 yang indah..
alhamdulilah
Allah bagi aku keluarga yang bahagia
walau x ada harta tapi..
KEBAHAGIAAN
aku bahagia
terima kasih Allah..

aku bahagia
bila ada akak nakibah yang sayang aku
aku bahagia
bila ada sahabat dunia akhirat sayang aku
aku bahagia
bila Allah takdirkan aku menjadi nurse
aku bahagia
Allah duga aku macam2 sebab nak bagi sesuatu kat aku
aku bahagia
bila hati aku semakin tenang bila mengenali-Nya

aku bahagia....
terima kasih ya Allah...

13 July 2011

gemertar...tubuh ku bagai nak tercabut otot2 aku.

hari yang aku tunggu dah tiba
esok lah harinya..
aku tunggu dah 2 tahun 4bulan..
akhirnya
tapi....

aku takut..
keja nie semua kena responsible..
aku takut..tapi,darah tu rasa panas..
x tahu nak say
aku terasa bahang bila dalam department nie...

rasa aneh
rasa indah
rasa tertekan tapi indah
rasa jantung nie macam nak tercabut sebab laju mengepam
nie lah rasa aku

memang impian aku keje bahagian nie
tapi bla dah sampai..hati aku terduga
berdetak dengan laju
aku pun x tahu nak say cam ner

emergency
satu sentence yang buat aku tersedar dari alam mimpi
tiada perkataan KALAU
tiada perkataan NANTI
sebab semua ON THE SPORT..

aku berpenat lelah sebab bidabg nie
aku korbankan keseronokan aku sebab nie
aku korbankan masa lapang aku sebab nie..semuanya
KERANA INI...

aku sanggup
buat apa pun
kena marah
kena kutuk
kena maki
sebab niat cuma satu
Allah...

Allah bagi aku ilmu untuk bantu orang
aku nak bantu
sebab Allah suruh
sebab aku Cinta Mati Allah..

biar kawan cakap aku pape pun
budak skema
budak berlagak
budak ntah pape
budak yang terlampau serius dengan masa depan..
lantak lah..

janji Allah tahu apa yang aku buat
dengar orang cakap
buang masa
sebab diaorang ada life sendiri,cara sendiri
aku bukan diaorang
sebab..
aku adalah aku
yang akan berada di sisi orang yang perlukan aku...

aku x nak ganjaran
aku x nak pangkat
aku x ank kumpul harta
aku x nak ni semua
sebab..
aku nak ALLAH...

tapi orang x faham....orang selalu salah tafsir kat aku...